Personaliti media dan juga usahawan Hafiz Mahamad mencuri tumpuan ramai apabila membuat kejutan untuk isterinya Syafiqah Aina sempena ulang tahun perkahwinan ketiga mereka semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz memuat naik momen indah menyambut anniversary mereka yang ke-3 dengan membawa isterinya menaiki belon panas.
Isteri ingat saya lupa tarikh anniversary
Saya sengaja buat dia kecewa
“Semalam saya saje buat dia kecewa, buat buat tak ingat tarikh Anniversary. Semalam saya buat kerja di office sampai malam, Aina mula badmood dengan saya”.
“Bila sampai rumah pun, saya tidur tempat lain. Tak tidur dengan dia & anak. Takkan lah saya lupa, dia isteri saya yg saya sayang”.
Kali ini saya sengaja buat kejutan waktu pagi
Isterinya tidak menyangka beliau bakal memberikan kejutan pada waktu pagi kerana kebiasaannya kejutan yang diterima isterinya pada waktu malam.
“Pagi tadi jam 4:30am saya bangun, terus kejut dia cakap nk pi breakfast. Reaction dia, breakfast apa 4:30am kena bangun”.
“Dia tak expect saya buat surprise pagi, sebab sebelum ni saya surprise malam je. Suka tengok “nervous” & “happy”.
Abang akan usaha yang abang adalah jodoh sayang
“Dulu awal kita kenal awak pernah cakap. “Sayang tak tahu jodoh kita sejauh mana, kita follow the flow. Ada jodoh, insyaAllah kita bersama”.
“Waktu tu abang hanya cakap 1 perkara. “Kita memang tak tahu siapa jodoh Kita, tapi abang akan usaha yg abang adalah jodoh sayang”.
Impian abang nak angkat awak tinggi sebagai wanita
“Sekarang Aina, impian abang adalah nak angkat awak tinggi sebagai wanita.
Isteri abang tak boleh kecewa, selagi abang masih bernafas & kudrat abang masih kuat. Abang akan “protect & jaga” awak”.
Awak mampu beli hadiah wang ringgit, jadi abang bagi kenangan
“Harini, abang tak ada beli hadiah. Abang tau awak mampu beli jika ia melibatkan “wang ringgit”.
“Tapi harini, Abang nak bg awak 1 kenangan yg tidak boleh dibeli dengan nilai apa pun. Waktu abang buka mata awak diatas, abang nak awak nampak & rasa sesuatu”.
Terima kasih menjadi wanita dan ibu yang baik
“Kita naik keatas bersama & lihat pemandangan dari atas. Dalam waktu hati kita saling merindui, kita nampak impian kita di masa depan”.
“Impian abang adalah AINAA, mengangkat darjat seorang wanita untuk berjaya dunia akhirat & pastikan orang disebalik nama awak tu mencapai “Kejayaan Demi Kebahagiaan”.
“Terima Kasih kerana menjadi wanita, ibu yg baik kepada abang & anak”, tulis beliau.
View this post on Instagram
8 tahun kenal dan 3 tahun hidup bersama
Sementara itu, menerusi Instagram isteri beliau, Aina turut memuat naik ucapan buat suami tersayang.
“8tahun kenal & 3 tahun hidup bersama, mungkin masih singkat waktunya, tapi Aina bersyukur kenal @hafizmahamad sebab dia tak pernah berubah dari awal kenal dulu”.
Terima kasih, tak mampu nak sebut setiap satu yang Abang buat
“I can say that he’s growing to be a better person than before! A loving, caring and understanding husband & daddy to our baby princess”.
“Thankyou untuk segalanya sayang. Tak mampu nak sebut satu satu apa yang Abang buat, luangkan, korbankan untuk Sayang selama ni”.
View this post on Instagram
Hanya nama Abang sentiasa ada dalam doa
“Hanya nama Abang yang akan sentiasa ada dalam doa sayang & sayang akan sentiasa jadi yang terbaik untuk Abang hehe InsyaAllah”.
“Semoga cinta, kasih, sayang, rindu kita semakin kuat & kekal hingga ke Syurga Firdaus Allah”.
View this post on Instagram
Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai dan meraih lebih sejuta tontonan di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa buat pasangan ini semoga kekal hingga ke jannah.
The post [VIDEO] Hafiz Mahamad Dukung Isteri Naik Belon Udara Panas Sempena Ulangtahun ke-3 appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2V0Q10n
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Hafiz Mahamad Dukung Isteri Naik Belon Udara Panas Sempena Ulangtahun ke-3"
Post a Comment