Pertama Kali Makan Siput Sedut Masak Lemak, Minah Salih Akui Rasa Biasa-Biasa & Sukar Dimakan

Tidak dinafikan, Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya serta kerharmonian rakyat nyata menarik minat pelancong dari luar negara.

Malah, ramai daripada mereka akui Malaysia merupakan ‘Syurga makanan’ kerana mempunyai pelbagai variasi makanan yang sememangnya lazat.

Ada pelancong yang terus jatuh cinta dengan makanan Malaysia saat pertama kali mencuba namun ada juga yang dikatakan ‘tidak kena dengan tekak’ mereka.

Sama juga ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menyifatkan ‘tidak berbaloi’ untuk makan siput sedut masak lemak mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, dia yang dikenali sebagai Lilith yang juga warga Amerika, kerap memuat naik video mengenai reviu pengalamannya pelbagai jenis makanan dan mengunjungi lokasi menarik di Malaysia.

Bagaimana pun, baru-baru ini dia telah pergi ke sebuah restoren dan memberikan reviu jujur menegenai hidangan yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

“Tidak banyak daging di dalamnya dan agak sukar untuk mengeluarkannya. Rasanya tidak begitu istimewa. Terlalu banyak kerja untuk daging yang sedikit” tulisnya pada video tersebut.

Wanita itu juga memaklumkan dirinya berkemungkinan tidak akan mencuba hidangan tersebut untuk kali kedua sekaligus membuatkan ramai orang Malaysia terguris.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.

Pun begitu, ada juga yang turut menyokong wanita tersebut dengan mengatakan siput sedut agak leceh untuk dimakan apatah lagi bila ianya mengeluarkan ‘bunyi sedutan’ yang sedikit sebanyak boleh mengganggu orang sekeliling.

Antara komen warga maya:

“Saya tak makan dekat tempat ramai orang. Tak nikmat. Ia mengundang bunyi pelik.

“Setuju… saya warga Malaysia tapi tak suka apabila kena beriya-iya untuk daging yang sedikit.

“Awak akan rasai nikmatnya jika makan di rumah. Tapi saya gembira sekurang-kurangnya kamu mencuba,” demikian antara reaksi netizen.

“Kamu kena sedut dari depan, bukan belakang. Hanya sedut dari belakang jika tak berjaya,” tegur netizen.

Video yang tular di laman TikTok:

@lilithinkl Trying siput sedut as an American #siputsedut #snail #malaysia #kl #kualalumpur #restaurantreview #klreview #malaysiareview #foodreviewmalaysia #foodreviewkl #klfoodie #klfoodreview #malaysianfood #kualalumpurfood #foodhunting #foodtiktok #foodieskualalumpur #malaysianfoodblogger ♬ Gemuruh – Nayli Azmi & Ash Fasryll & Saiful Anwar

The post Pertama Kali Makan Siput Sedut Masak Lemak, Minah Salih Akui Rasa Biasa-Biasa & Sukar Dimakan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/ENdJMDS
via IFTTT
loading...

0 Response to "Pertama Kali Makan Siput Sedut Masak Lemak, Minah Salih Akui Rasa Biasa-Biasa & Sukar Dimakan"

Post a Comment