Kita sering dengar bahawa “Pelanggan selalu betul”, tapi pada masa kini, ayat itu seolah-olah tidak ‘relavan’ apabila ramai pelanggan yang mengambil kesempatan dan bersikap biadap dengan staf.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang staf di sebuah restoren terpaksa ‘hadap’ perangai pelanggan yang biadap mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @prepareforfuture, pekerja tersebut diasak dengan pelbagai soalan dari pelanggan itu yang tidak dapat mengawal kemarahannya.
Difahamkan, pelanggan itu tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja di situ.
Pelanggan tersebut juga meninggikan suara dan memarahi pekerja disitu. Dia menyentu isu ayam goreng yang dibangkitkannya sebelum itu namun telahpun dijawab oleh pengurus restoran ini namun tetap tidak berpuas hati.
Kelakuan pelanggan yang agak melampau dan ‘kelam kabut’ itu membuatkan netizen geram dan muak melihatnya. Manakan tidak, dia langsung tidak memberi peluang kepada staf tersebut untuk bercakap dan menjelaskan isu itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap kedua-dua pelanggan yang dikatakan sengaja menimbulkan kemarahan terhadap perkara yang kecil.
Bukan itu sahaja, ada juga yang akui terkadang staf bukannya berniat untuk marah namun sikap pelanggan yang ‘provoke’ menyebabkan staf terpaksa mempertahankan diri.
Antara komen warga maya:
“Customer not always right.”
“Tengok cara customer ni cakap pun tahu memang suka cari masalah.”
“The thing is the customer tak bagi langsung staff tu explain, makin tinggi suara memang angin lah staff tu…”
“Kadang kita cool tapi customer macam ni suka provoke sampai kita pulak jadi macam dia. Pastu kita balik salah.”
Video yang tular di laman TikTok:
@prepareforfuture #cheap5shop #prepareforfuture #anwmalaysia #bad #badservice #badexperience ♬ original sound – prepareforfuture
The post ‘Bertekak’ Dengan Staf Gara-Gara Ayam, Sikap Pelanggan ‘Biadap’ Undang Kecaman Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/eabfRWK
via IFTTT
0 Response to "‘Bertekak’ Dengan Staf Gara-Gara Ayam, Sikap Pelanggan ‘Biadap’ Undang Kecaman Netizen"
Post a Comment