Siapa lagi yang tak kenal dengan Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng iaitu seorang aktivis berbangsa Cina di Malaysia.
Namanya mula dikenali sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kebaikannya yang sering membantu orang yang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama.
Kerja-kerja amal yang dilakukan oleh Uncle Kentang menerima impak positif daripada orang ramai. Malah ada yang membantunya dengan memberi sumbangan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini nama Uncle Kentang hangat diperkatakan di media sosial kerana didakwa telah menyalahgunakan duit sumbangan untuk kegunaan diri sendiri.
Demi membuka mata orang ramai, sebuah akaun Facebook yang bernama Mr Wan Cai Official telah menyuarakan isu ini dengan lebih terperinci.
Saja saya nak kongsi pasal satu kisah.
Mungkin ramai yang tak tahu.
Kematian berlaku pada 5 jun 2019.
Satu kutipan sumbangan dibuka bagi membantu pengurusan satu jenazah.
Asbab kematian disebabkan kemalangan jalanraya.
Bukan bab pengurusan jenazah yang saya nak cerita.
Tetapi bab kutipan sumbangan.
Seperti yang saya katakan perkara ini berlaku pada 05 jun 2019.
Bermakna sudah hampir 3 tahun kan?
Anda boleh lihat tarikh pada resit bank dalam gambar yang saya share.
Resit tersebut saya ambil dari ruangan komen dalam posting yang dimuat naik meminta sumbangan.
Tertera tarikh yang sama kan?
Posting sumbangan pengurusan jenazah tu telah saya ss dan simpan sehingga kini.
Menurutnya, kos menguruskan jenazah lelaki dewasa kurang daripada RM100 manakala kos penghantaran dari Klang ke Sungkai kurang daripada RM300. Oleh itu, ke mana lebihan duit RM900 dibelanjakan?
Jadi saya nak bongkar apa yang berlaku.
Baca baik² sampai anda faham ok.
Untuk pengurusan mandi dan kafan 1 jenazah lelaki dewasa berharga tidak sampai rm100.
Kos penghantaran dari Klang ke Sungkai pula tidak habis rm300 untuk kos tol dan minyak.
Duit sumbangan masih berbaki rm900.
Jadi kemana agaknya lebihan duit tersebut pergi?
Rasanya anda boleh faham sendiri kot
Kutipan waktu itu bukan dapat rm1300 ye.
Saya pantau dan kira jumlah melalui resit yang dipostkan diruangan komen.
Yang post resit diruangan komen waktu itu pun dah lebih dari rm1300.
Yang sumbang terus masuk akaun tapi tak beri resit ?
Cuba lihat resit dalam gambar kedua.
Seorang penyumbang tu transfer ja dah rm1200.
Entah berapa kutipan sebenar yang dapat agak²?
Kita tak tahu nilai duit yang orang sumbang time tu.
Sebab dia sendiri pun tak pernah declare berapa jumlah duit yang masuk ke akaun peribadinya.
Selain itu, selepas dikira-kira jumlah dana yang disumbangkan oleh orang ramai, didapati RM400O telah berjaya dikumpul. Namun, lebihan dana tersebut tidak dihebahkan kepada orang ramai. Malah, resit yang dikongsi di ruangan komen dipadam.
Saya kira dari resit yang orang post diruangan komen pun dah hampir rm4000.
Campur dengan duit yang orang sumbang tapi tak bagi resit?
Posting gambar pertama tu dimuatnaik pada 05 jun 2019 kan?
Ramai yang tak tahu ada diantara posting yang akan di delete untuk menghapuskan bukti.
Posting² yang resit bersepah diruangan komen akan di delete.
Kalau tak delete nanti orang perasan kutipan dapat kaw²
So nak tak nak kena la padam status tu.
Kalau tidak nanti ada yang perasan n pertikaikan.
Open kutipan rm1300 tapi duit yang masuk ribu².
Lepas tu berapa duit yang orang masuk ke akaun dia tak ada pula nak diumum pada orang ramai.
Macam duit tu Ahmad Albab yang punya.
Dikatakan, resit kutipan dana dipadamkan sudah berlaku banyak kali dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana tidak amanah dalam menguruskan wang yang diberikan oleh masyarakat untuk membantu golongan yang memerlukan.
Cuba lihat diposting tersebut banyak bukti² resit telah dipadamkan
Dah puas kaut duit orang lepas dua tiga hari padam
Isu pasal padam posting kutipan untuk jenazah ni saya da pernah tembak pada tahun 2019.
Time tu memang saya betul² geram.
Dua posting pasal kutipan minta dana nak urus jenazah orang islam dia padam.
Satu lagi kutipan untuk bawa balik jenazah dari JB ke Jalan Kunching KL.
Buka dana sampai rm2000 masa tu.
Entah apa yang mahal sangat pun saya tak tahu.
Orang melayu kita masa tu duk bertalu talu masuk kan duit ke akaun peribadi dia.
Bila resit dah bertimbun orang share kat ruangan komen status tu pun dia padam diam².
Kesian penyumbang kena scam.
Malah pemilik akaun ini siap memerli bahawa hantaran di Facebook tidak akan pernah hilang walaupun bertahun lamanya sehinggalah ada yang ‘gatal tangan’ untuk menghapus hantaran tersebut.
Cubalah cari resit² yang saya katakan tu.
Setiap status yang kita muatnaik di facebook ni tak akan pernah hilang.
Waima lepas 10 tahun sekalipun posting tu tetap ada.
Tiap² tahun fb akan share balik posting kita tu.
Kalau hilang tu mesti ada tangan² gatal yang sengaja tekan button delete
Hantaran yang tular di laman Facebook
The post “Terus masuk akaun peribadi?” Uncle Kentang Dituduh Tipu Kos Urus Jenazah appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/yJMdOXB
via
IFTTT
loading...
0 Response to "“Terus masuk akaun peribadi?” Uncle Kentang Dituduh Tipu Kos Urus Jenazah"
Post a Comment