Kaum perempuan pada zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu. Dahulu, mungkin perempuan dilarang untuk memasuki sektor pekerjaan yang berat.
Berbanding kini, kaum perempuan telah membuktikan yang mereka juga mampu menggalas jawatan yang sama seperti lelaki mahupun berbeza dari segi tenaga dan kudrat.
Baru-baru ini tular video di Facebook apabila seorang pekerja off shore tidak mengalakkan kaum perempuan untuk bekerja di atas kapal.
Bukan saja-saja berkata sedemikian, namun lelaki itu turut dilihat memberi sebab atas kenyataan yang dibuatnya.
Menurut lelaki yang juga bekerja sebagai off shore tersebut, perempuan tidak sesuai bekerja di atas kapal kerana cara bekerja yang kasar dan lasak.
Tambahnya, perempuan yang terlibat dalam profesion itu mungkin akan terdedah kepada maksiat, zina serta gangguan seksual.
Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat yang diberi oleh lelaki tersebut. Malah lelaki itu turut dikatakan memberi penerangan yang jelas.
Selain itu, warganet turut bersependapat di mana kaum perempuan sebaiknya mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan mental dan fizikal mereka.
Bagaimanapun, ada segelintir yang kurang bersetuju dengan perkara yang disuarakan kerana berfikir soal tidak dapat menahan nafsu bergantung kepada individu itu sendiri.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Twitter
Hakikat. Bos2 saya kerja di Papua dulu ada ingatkan jugak. Bila dh duduk lama sana, orang kat sana pun bleh jadi lawa kalau hari2 tengok. Berlaku dalam US army jugak. Brp ramai askar wanita kena sexual harassment, rogol kt sana. Bab nafsu ni is Nothing to do with professionalism.
— rahimnear (@pupuko7) July 22, 2022
Tapi actually kan, mamat tu, dia sebenarnya tak recommend perempuan keje kapal, katanya banyak faktor yg membuatkan perempuan tak sesuai keje kapal. Dia terangkan pon elok2, sebab ada org tanya. Jadi dia as org yg berada dalam line tu bagitau la pendapat dia. Itu jer
— The Elite (@Onlypeacehub36) July 22, 2022
Few of the location offshore yg i pernah pergi mmg ada segelintir lelaki hamsap, kadang2 malu jgak tgok perangai diorang walaupun x sama company. Sbb tu women yg keje offshore mostly is service engineer or wellsite engineer and these women biasanya ada bodyguardnya tersendiri.
— Ysmir (@BowdeckSwallow) July 22, 2022
Depa yg fikir nak mengawan je,pompuan plak kena drop minat
— Recalcitrant Melancholic (@LilyZali) July 22, 2022
Jantan lemah
— shanis chwe ⑰ (@shaanisss) July 23, 2022
Video yang tular di laman Facebook
The post Lelaki Berpendapat Perempuan Tidak Sesuai Bekerja ‘Off Shore’ Cetus Debat Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/vUmaD9u
via IFTTT
0 Response to "Lelaki Berpendapat Perempuan Tidak Sesuai Bekerja ‘Off Shore’ Cetus Debat Netizen"
Post a Comment