Sejajar dengan zaman yang serba moden kini sistem E-Hailing banyak digunakan untuk orang awam bergerak ke sesuatu tempat. Pun begitu, sejak adanya sistem ini, pelbagai kisah negatif yang dapat kita lihat terutamanya gangguan seksual.
Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini di mana dia berdepan dengan seorang pemandu baran dan psiko!
Dapat kita dengar melalui video yang dimuat naik, pemandu e-hailing berkenaan memaki hamun pelanggan lain selain melontarkan kata-kata kesat sepanjang perjalanan, cukup membuatkan wanita berkenaan ketakutan dan trauma.
Memetik laporan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagi Zatty berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing.
“Saya memang sering menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ulang alik dari pejabat ke rumah. Hari berkenaan iaitu Sabtu lalu, seperti biasa saya tempah perkhidmatan e-hailing untuk pulang.”
“Selalunya saya turun apabila kereta dah sampai, tapi kebetulan hari itu saya turun dulu ke bawah ofis sambil tunggu.”
“Rupa-rupanya kereta dah sampai. Saya tak cam sebab di aplikasi, tertera model kereta yang lain… yang sampai pula kereta lain.”
“Kebiasaannya dalam kes sebelum ini, driver akan chat di aplikasi kalau tukar kereta. Jadi pemandu itu melaung baru saya perasan, lalu terus menuju ke keretanya dan masuk. Dia hanya cakap, sorry tukar kereta’ bila saya sampai,” cerita wanita berusia 22 tahun itu.
Difahamkan, pemandu berkenaan mula membebel sebaik sahaja Zatty melabuhkan punggungnya dan wanita ini akui penatnya ‘bertambah’ apabila terpaksa mendengar bebelan tersebut sejurus pulang daripada kerja.
“Kita dah baru balik kerja… mesti penat. Tapi letak saja punggung, dia dah bebel. Dia bengang dengan pelanggan sebelum saya. Macam-macam dia complaint sampai keluar perkataan tak sepatutnya.”
“Nadanya pula sangat kasar sebagaimana dalam video tersebut. Siap hentak-hentak stereng kerana marah. Apabila dalam keadaan macam tu, saya naik takut sebab gayanya macam baran dan psiko.”
“Tangan saya menggeletar, mata dah berair tapi saya cover takut dia nampak. Saya cuma pandang luar tingkap dan saya tak respons apa yang dia cakap.”
“Waktu itu saya seperti diserang anxiety dan panic attack. Barulah saya tahu rasanya macam mana terkena,” ujar Zatty.
“Saya nak ambil gambarnya tapi saya seperti blank, tak mampu. Saya boleh berfikir tapi tak berupaya bertindak.”
“Ada yang tanya kenapa tak minta berhenti mana-mana, atau kenapa tak telefon seseorang? Dalam situasi itu, kalau saya bertindak sedemikian, ia seolah-olah membahayakan saya.”
“Bayangkan orang tu tengah marah, tiba-tiba saya pula buat perkara yang naikkan kemarahannya. Saya hanya bertawakal dan berdoa moga cepat sampai rumah.”
“Alhamdulillah, saya selamat sampai. 30 minit dalam kereta memang detik yang sangat sukar. Sampai sahaja, selepas bayar, terus saya masuk dalam rumah sebab jantung saya laju, pening dan loya. Saya memang tak sempat nak toleh tengok number plat,” ujarnya lagi.
Tambah Zatty, pengalaman yang dilalui pada Sabtu lalu adalah yang paling teruk sepanjang setahun dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ulang alik ke tempat kerja.
“Sebelum ini ada pemandu yang kacau di Whatsapp tapi saya tak layan. Namun pengalaman ini memang paling teruk sehingga saya jadi trauma, lebih-lebih lagi perlu guna e-hailing untuk bekerja.”
“Bayangkan, dia ada cakap, kalau customer bagi rate yang teruk, dia akan susahkan orang tersebut! Siap berbaur ugutan.”
“Saya takut tapi adik dan rakan-rakan yang minta saya dedahkan video tersebut sebagai peringatan untuk pelanggan lain, terutamanya perempuan agar lebih berhati-hati,” katanya.
Selepas videonya tular, Zatty berkata pihak syarikat e-hailing terbabit juga sudah menghubunginya untuk tindakan lanjut.
“Alhamdulillah, setidak-tidaknya mereka bertanggungjawab dan tak lepas tangan selepas pemandu mereka buat perangai. Saya juga buat laporan polis selepas disaran oleh pihak mereka.
“Nasihat saya, kepada yang bawa e-hailing, banyakkan bersabar. Kalau ada yang tak puas hati, benda tu boleh slow talk. Tak perlulah sampai lepaskan kemarahan macam ni, kepada orang lain pula tu!
“Untuk wanita yang hidup berdikari, bekerja dan bergerak bersendirian, lebihkan berwaspada.
“Saya tak ada pun niat sampai pemandu itu dibuang kerja namun saya fikir dia kena muhasabah. Kalau tak ubah, tindakannya itu sangat menakutkan orang lain,” ujarnya lagi.
Video yang tular:
@ezzatyzaludin_ bad experience for me girls please berhati -|| lepas ni #maximmalaysia #kuantan #fyp #awareness #fypage ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
@ezzatyzaludin_ Reply to @eloo.az this for part2 #maximmalaysia #kuantan #fyp #fypage ♬ original sound – totiiscarf_
@ezzatyzaludin_ sorry korang this last part okay , takecare semua 🙂 #maximmalaysia #kuantan #fypage #fyp ♬ original sound – totiiscarf_
The post Pemandu E-Hailing Baran & Psiko, Wanita Trauma Terpaksa ‘Tadah Telinga’ Dengar Maki Hamun appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/xCFS86U
via IFTTT
0 Response to "Pemandu E-Hailing Baran & Psiko, Wanita Trauma Terpaksa ‘Tadah Telinga’ Dengar Maki Hamun"
Post a Comment