Ajal sememangnya rahsia Tuhan, tiada yang boleh menidakkan takdir bahkan kita sebagai seorang hamba hanya mampu redha dengan segala ketentuan Ilahi.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai tercekik ketika menikmati hidangan sup tulang di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jertih mengundang sebak ramai.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki bernama Wan Azlan itu baru saja pulang ke rumah selepas pulang dari tempat kerjanya kira-kira jam 5.15 minit petang lantas terus masuk ke dapur untuk memanaskan singgang daging sebelum makan.
Bagimana pun, kakak mangsa iaitu Wan Suria Wan Ishak memberitahu adiknya itu tidak pernah makan singgang daging lembu sebelum ini kerana lauk kegemarannya cumalah ayam bahkan ikan pun tidak dimakan kerana trauma pernah tercekik tulang.
Jelas Wan Suria, adiknya berkemungkinan tercekik akibat terus menelan saja daging tersebut walaupun uratnya sedikit liat pada ketika itu.
“Semasa mengemas dapur, dia makan daging singgang lalu tercekik daging, mungkin disebabkan lapar baru balik kerja dia terus menelan saja daging itu walaupun uratnya sedikit liat susah hancur,” katanya
Lebih sebak, adik lelakinya itu sempat meronta-ronta meminta pertolongan daripada ibu mereka dengan memaklumkan dia tercekik serta sukar untuk bernafas.
“Pada masa itu saya juga cuba membantu arwah tetapi tidak berjaya namun sempat meminta arwah mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri.”
Arwah adiknya itu segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Besut sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 minit petang.
“Kehilangannya amat dirasai kerana pergi secara mengejut namun kami reda dengan pemergiannya pada hari raya ketiga Aidiladha.”
“Mungkin naluri seorang ibu pada raya kedua Aidiladha secara tiba-tiba dia berkata jika Lan tiada pasti mereka sukar untuk melakukan aktiviti seharian kerana dia banyak membantu memudahkan urusan keluarga,” katanya.
Sekadar Info, arwah Wan Azlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Landak sekitar jam 12 tengah malam tadi.
The post Tak Pernah Makan Daging, Lelaki Maut Ketika Jamah Sup Tulang Pada Aidiladha Ke-3 appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/V0c84ho
via IFTTT
0 Response to "Tak Pernah Makan Daging, Lelaki Maut Ketika Jamah Sup Tulang Pada Aidiladha Ke-3"
Post a Comment