Seperti yang kita tahu, kita dilarang untuk makan di laman tren awam seperti LRT, MRT, KTM dan banyak lagi. Bagaimana pun, larangan tersebut seolah-olah tidak diendahkan oleh masyarakat susulan ada yang berdegil dan masih makan di dalam tren.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Rapid KL menegur dua orang remaja yang selamba makan di mi segera di dalam tren mencuri perhatian ramai.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @AskRapidKL di laman Twitter, mereka berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan dua remaja sedang bermain telefon dengan salah seorang daripadanya mengepit dipercayai mangkuk mi segera.
“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.”
“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,” tulis mereka.
Meninjau di ruangan komen, ada netizen yang cuba membidas semula kenyataan yang dikeluarkan oleh rapid KL yang tidak memperbaiki mutu perkhidmatan sehingga menyusahkan banyak pihak.
Maybe diorang penat min panjat tangga nak naik MRT tu sbb and escalator tak berfungsi. Maybe lah..
— nasrulns (@Nasrulz92) July 19, 2022
Gi baiki dulu kelemahan sistem awak tu…..mungkin dia makan maggi akibat penat sgt sbb waktu menunggu lama dgn kekerapan yg sikit….bila tren dah sampai tak boleh masuk pula sbb pack mcm sardin…tu maggi tu dia guna air liur dia je sebenarnya min…sbb dah lapar sgt
— HRH Crown Prince of Greek (@rovskyi) July 19, 2022
Ooo kondem orang pandai. Train lambat, suara location kat mana tak keluar, screen map tak keluar, escalator macam tak pernah baiki, machine topup duit/token selalu rosak. Bas pon sama je, kjap ada takde. Apps pulse tu pon selalu je buat hal. Eyy geramnya aku.
— (@imrakin_) July 19, 2022
Dalam masa yang sama, ada juga yang mempertahankan Rapid KL dan menegaskan teguran yang dibuat itu adalah wajar kerana setiap pengangkutan awam mempunyai peraturannya sendiri bagi memberi keselesaan kepada pengguna lain.
Memang tak dibenarkan makan dan minum dalam tren.
Unless macam minum mineral water tu maybe acceptable lagi.Bukan apa, sbb banyak kes sebelum ni makan pastu tertumpah lah dalam tren.
Lantai tren jadi kotor.
Pastu penumpang lain jadi tak selesa.
Belum part bau makanan lagi.— Anwar Ahmad (@anwarrrrahmad) July 19, 2022
Bila min tegur ramai bantai min. Tapi bila tren kotor makanan minuman tumpah min jugak kena tibai. Peraturan tu kena ikut untuk keselesaan dan keselamatan penumpang lain jugak.
— Kilal (@ahmad_kmsa) July 19, 2022
Tak faham kenapa orang marah pasal admin ni tegur. Kalau tgk kan, train kosong tau. Means benda ni jadi di luar waktu puncak. Lgpun train lambat ke cepat ke tetap tak boleh makan dalam train.
— Alia Natasya (@_alianatasyah) July 19, 2022
Perkongsian yang tular:
Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren.#rapidkl #tegursebabsayang pic.twitter.com/m6adjhTeAE
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) July 19, 2022
The post ‘Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk (penumpang) makan megi dalam tren kami’ Rapid Kl Tegur Remaja Selamba Makan Mi Segera Dalam Tren appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/jmXoQTJ
via IFTTT
0 Response to "‘Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk (penumpang) makan megi dalam tren kami’ Rapid Kl Tegur Remaja Selamba Makan Mi Segera Dalam Tren"
Post a Comment