“Whatsapp Single Tick, Insta Kena Block” Lelaki Tiba-Tiba Lesap Selepas Sejam Tunggu, Kenangan First Meet Jadi Tragedi Ngeri

Pertemuan kali pertama seseorang setelah berkenalan lama di atas talian nyata merupakan satu perkara yang mendebarkan. Manakan tidak, ketika itulah kita mahu mengenali hati budi masing-masing dan mencipta kenangan terindah bersama.

Namun lain pula ceritanya untuk wanita ini dimana pertemuan pertama menjadi tragedi dalam hidupnya apabila lelaki tersebut dikatakan tiba-tiba ‘melarikan diri’ secara tiba-tiba.

“Bila makanan dah sampai: Kejap eh awak saya nak ambil barang dekat kereta sekejap.”

Menerusi sebuah perkongsian yang dikongsikan oleh wanita ini di laman TikTok @helomilo, lelaki tersebut dikatakan memberi alasan untuk mengambil barang yang tertinggal di keretanya selepas makanan tiba.

Namun siapa sangka, lelaki tersebut terus tidak munculkan diri selepas lebih satu jam gadis tersebut menunggu.

Tidak cukup dengan itu, lelki tersebut difahamkan menyekat (block) wanita tersebut menerusi laman Instagram dan ketika itu barulah wanita ini sedar bahawa dia sudah di’game’ dan lelaki itu hanya memberi alasan ingin mengambil barang padahal hendak melarikan diri.

Video yang tular di laman TikTok:

@helomilo Dah sejam tunggu, whatsapp dah single tick, insta dah kena block 😔 #firstdate ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 497.8K tontonan, 24.1K tanda suka, 1884 komen dan 530 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan nasib wanita tersebut yang dibiarkan berseorangan dan perlu menunggu lama disitu.

Bukan itu sahaja para netizen juga berang dengan sikap biadap lelaki tersebut dan ada juga yang berseloroh menyatakan beberapa sebab mengapa lelaki berkenaan melarikan diri.

Berikut merupakan komen warga maya:

Tak makan sayur kot?

“biar lelaki yang buat keputusan.. ikut dompet dia dulu..”

“this is not the right way tau..”

“dia tak mampu nak bayar makanan tu kot..”

“tak apa.. biat dia buat hal sekarang, jangan buat hal bila dah kahwin”

“mungkin kena langgar kereta ke apa ke..”

The post “Whatsapp Single Tick, Insta Kena Block” Lelaki Tiba-Tiba Lesap Selepas Sejam Tunggu, Kenangan First Meet Jadi Tragedi Ngeri appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/342C8Xd
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Whatsapp Single Tick, Insta Kena Block” Lelaki Tiba-Tiba Lesap Selepas Sejam Tunggu, Kenangan First Meet Jadi Tragedi Ngeri"

Post a Comment