Lumrah bersahabat, pastinya kita merasa tidak sabar untuk melihat rakan kita melayari bahtera perkahwinan dan sudah tentu kita merupakan antara orang yang gembira melihat sahabat bahagia bersama orang tersayang.
Sudah menjadi kebiasaan, selalunya tetamu yang hadir akan memberikan hadiah buat pengantin agar dapat menjadi kenangan contohnya seperti alat perkakas dapur, set tilam dan banyak lagi.
Namun lain pula kisah kali ini dimana beberapa orang pemuda ini kelihatan ‘rancak’ menyakat rakannya dengan memberikan hadiah yang ‘istimewa’ sewaktu menghadri kenduri salah seorang daripada rakannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @al1fna1m, dapat dilihat dua orang rakannya menyarungkan rantai besi yang berkunci kepada dia dan memberikan kunci rantai tersebut kepada isterinya ketika di atas pelamin.
Apa yang lebih lucu adalah, apabila rakan-rakannya yang lain turut memberikan hadiah seperti mop, tong sampah, penyapu dan juga penyodok.
Sesi pnyerahan hadiah ‘istimewa’ itu nyata membuatkan beberapa orang pemuda ini terhibur termasuklah kedua mempelai yang tidak dapat menahan ketawa mereka.
“Kalau bukan kerana sahabat siapa lagi nak meriahkan suasana majlis kita kan. Apa-apa jahanam eh korang kenakan aku.” katanya di ruangan kapsyen.
Video yang tular di laman TikTok:
@al1fna1m Kalau bukan kerana sahabat2 sape lagi nak meriahkan suasana majlis kita kan apa2 pun jin jahanam korang ek kenakan aku#fyp #fypp #viral #pengatin ♬ original sound – nightmonyet – danny phantom
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.5M tontonan, 318.4K tanda suka, 5249 komen dan 137K perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat beberapa orang lelaki yang ‘masuk air’ mengenakan rakannya yang berada di pelamin.
Tidak cukup dengan itu, malah para netizen juga turut mendoakan agar ikatan yang dibina kedua mempelai ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Seronoknya dapat kawan macam ni”- Netizen
Berikut merupakan komen warga maya:
“boys always have the best relationships ever”
“member macam ni banyak benda lalui bersama”
The post ‘Jahanam Eh Korang Kenakan Aku’ Rancak Bagi Hadiah ‘Istimewa’ Kepada Pengantin, Gelagat ‘Masuk Air’ Beberapa Lelaki Undang Dekah Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3qOYPY1
via IFTTT
0 Response to "‘Jahanam Eh Korang Kenakan Aku’ Rancak Bagi Hadiah ‘Istimewa’ Kepada Pengantin, Gelagat ‘Masuk Air’ Beberapa Lelaki Undang Dekah Netizen"
Post a Comment