Lepas Sebulan Derma Buah Pinggang, Lelaki Kecewa Kekasih ‘Cabut’ Lari & Kahwin Dengan Lelaki Lain

Benar kata orang, apabila kita sudah mencitai seseorang, kita akan lakukan apa sahaja demi melihat dia tersenyum bahagia. Tiada apa yang lebih berharga selain melihat oran yang kita sayang gembira.

Bahka, setiap pasangan yang menjalinkan hubungan percintaan pastinya menginginkan hubungan yang berkekalan sehingga ke jinjang pelamin namun tidak semua yang dapat mengecapi saat bahagia itu. Ada yang putus di tengah jalan dan ada juga yang bergantung tidak bertali.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda ini melalui detik sukar apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya setelah memberikan segala-galanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik ole seorang pengguna TikTok iaitu @uziel.ms, lelaki yang dikenali sebagai Uziel Martínez meluahkan rasa sedihnya apabila ditinggalkan teman wanitanya selepas sebulan dia mendermakan buah pinggangnya kepada ibu wanita itu.

Menurut lelaki yang berasal dari Baja, California ini, dia menyangka dengan melakukan perkara itu dapat membuktikan keikhlasan cinta sekaligus dapat menyelamatkan hubungannya bersama wanita tersebut namun siapa sangka pengorbanannya itu langsung tidak dihargai.

Memetik laporan Daily Star, beberapa minggu selepas mendermakan buah pinggang, Uziel Martínez ditinggalkan sang kekasih dan wanita itu seterusnya nekad untuk mengahwini lelaki lain.

“Saya dermakan buah pinggang untuk ibunya dan dia tinggalkan saya. Sebulan kemudian, dia berkahwin dengan lelaki lain.”

Tidak simpan dendam terhadapat bekas kekasihnya

“Sebenarnya saya baik-baik saja dari segi emosi, saya fikir begitu juga dia. Saya dengan dia tidak ada apa-apa, kami mempunyai hubungan baik. Kami bukan kawan, tetapi kami juga tidak membenci antara satu sama lain.”

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih sehingga 14 juta tontonan dan di ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata semangat buat lelaki cekal ini agar terus kuat.

Malah dalam masa yang sama, mereka juga menyatakan bahawa pasti suatu hari nanti wanita tersebut akan menyesal kerana meninggalkan seseorang yang benar-benar menyayanginya dan sanggup melakukan apa sahaja demi membuat dia tersenyum.

The post Lepas Sebulan Derma Buah Pinggang, Lelaki Kecewa Kekasih ‘Cabut’ Lari & Kahwin Dengan Lelaki Lain appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3nJVpnh
via IFTTT
loading...

0 Response to "Lepas Sebulan Derma Buah Pinggang, Lelaki Kecewa Kekasih ‘Cabut’ Lari & Kahwin Dengan Lelaki Lain"

Post a Comment