Biasalah kehidupan sebagai adik beradik. Ada saja yang tak kena. Ada saja yang tak puas hati. Yang sini salahkan sana. Yang sana pula salahkan yang di sini.
Pun begitu, perbalahan yang berlaku antara adik beradik bukanlah untuk merenggangkan hubungan pertalian darah.
Malah ianya dapat mengeratkan lagi hubungan tersebut. Sesuai dengan pepatah Melayu, air dicencang takkan putus.
Baru-baru ini tular dimana dua orang adik beradik iaitu adik lelaki dan abang bertikam lidah hanya kerana tentang lipat kain.
Menurut si abang, adiknya itu seolah-olah mengelat apabila diminta untuk membantu si abang melipat kain.
Melihat semula video yang dikongsi oleh ibu kepada dua beradik itu, si adik turut memberikan pelbagai alasan kepada abang dan ibunya sendiri. Si adik juga turut menyalahkan abangnya.
Ingin meleraikan pertelingkahan antara kedua anaknya itu, wanita tersebut menasihati kedua anak lelakinya agar membuat kerja sama-sama dan saling membantu. Dia juga turut mencadangkan beberapa cara penyelesaian kepada si adik agar tidak bergaduh lagi tentang hal yang sama.
Ramai yang kagum melihat kepetahan kedua kanak-kanak lelaki tersebut bertutur dalam Bahasa Inggeris walaupun berketurunan Melayu.
“Kalau pejam mata dgr diaorang gadoh.. Memang fikir anak org barat gadoh.. Salute” puji seorang pengguna TikTok.
Jelas si ibu, mereka adik beradik dibesarkan di Arab Saudi. Dengar dari accent mereka berdua sahaja sudah cukup membuktikan bahawa accent yang digunakan adalah Arabic Accent. Jadi, tak pelik lah kalau mereka fasih berbahasa Inggeris.
Oleh kerana accent yang terlalu pekat, si ibu mengaku dia juga kurang faham sesetengah perkataan yang dilontarkan oleh anaknya.
Selepas beberapa hari video tersebut dikongsikan di laman TikTok, ianya telah ditonton sebanyak 264.9 ribu kali! Diikuti dengan 9233 tanda suka, 593 komen dan 655 kali perkongsian!
Video yang tular di laman TikTok
@serikandi474 Mff aku sndiri pon dok fham bile sek dia baloh… Hmm.. #fypシ゚viral #fypganu #fypdongggggggg ♬ bunyi asal – serikandi474
Apabila menjengah ke ruangan komen, selain dikatakan comel, ramai yang suka melihat kelancaran mereka berbahasa Inggeris. Mereka turut berkongsi cerita bahawa mereka juga menghadapi situasi yang sama dimana anak-anak mereka turut berbalah sesama sendiri apabila disuruh buat kerja rumah.
Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh wargamaya di TikTok
“ujian listening muet ke ni”
“sebiji & serupa kami dulu kecik2, kalau bergaduh adik beradik, arwah atok suka biarkan. katanya seronok tengok & dengar cucunya bergaduh beromputih”
“suka tengok budak fluent speak English…. aku dulu masa umur mcm ni blur….Yes ni ialah aku tahu”
The post “Fluent giler speaking” Hanya Kerana Lipat Kain, Dua Beradik ‘Kecoh’ Siap Cakap Inggeris Buat Netizen Terhibur appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3fyPBZy
via IFTTT
0 Response to "“Fluent giler speaking” Hanya Kerana Lipat Kain, Dua Beradik ‘Kecoh’ Siap Cakap Inggeris Buat Netizen Terhibur"
Post a Comment