Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.
Namun, ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana bayi comel yang diberi nama Puteri Maryam meninggal dunia secara tiba-tiba pada petang Jumaat lalu.
Anak sulung pasangan Mohamad Amirul Rahim Baharudin, 30, dan Nur Hasikin Ahmad, 28 itu dilahirkan pada 8 Julai 2021.
Memetik laporan mStar, wanita yang senang disapa Hasikin itu sempat memperincikan semula kejadian berkenaan yang disifatkan sebagai hari paling sedih dalam hidupnya.
“Kami hantar ke rumah pengasuh seperti biasa pada hari bekerja. Ketika dalam perjalanan pulang, saya terima panggilan daripada pengasuh, meminta saya datang cepat kerana anak tak sedarkan diri.”
“Dalam panggilan, saya dengar pengasuh sedang menangis. Pada masa sama, suami pengasuh sedang beri bantuan pernafasan (CPR) kepada bayi. Mereka pun dah hubungi ambulans. saya minta mereka teruskan buat CPR sementara saya sampai dan Saya terus hubungi suami untuk maklumkan hal ini.”
“Ketika sampai, saya suruh pengasuh pegang bayi dan saya nak bawa kereta ke hospital. Tapi pihak ambulans minta kami tunggu, kami masa tu dah keluar dari perumahan dan berhenti di tepi jalan. Ketika itu anak saya memang tak sedarkan diri tapi CPR tetap terus dilakukan,” jelasnya.
Bercerita lanjut, beberapa individu turut berhenti di tepi jalan apabila melihat kejadian itu untuk membantu sebelum dia dan bayinya dibawa menaiki ambulans untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Jelas Hasikin, pengasuhnya memaklumkan bayi berusia enam bulan 13 hari itu kelihatan tidak selesa dan seolah-olah mahu sendawa sebelum memuntahkan semua susu dan makanan dalam kejadian berkenaan.
“Selepas dibawa dengan ambulans, anak saya dimasukkan ke jabatan kecemasan. Dalam 15 ke 20 minit mereka cuba selamatkan, kemudian doktor keluar dan maklumkan anak saya tidak dapat diselamatkan dan pihak hospital kata mereka tak dapat nak sahkan punca sebenar.”
“Menurut pengasuh, dia nampak anak saya dalam keadaan tak selesa dan nak batuk. Jadi dia tepuk belakang untuk bagi sendawa. Kemudian anak saya batuk dan muntah sebelum tak sedarkan diri. Lepas dah bedah siasat pada pagi Sabtu, doktor kata tak dapat tengok keputusan dengan mata kasar. Jadi result sekarang adalah pending laboratory investigation.”
“Tapi sampel darah dan tisu paru paru sudah dihantar ke makmal untuk mendapatkan punca sebenar. Keputusan akan diketahui dalam masa dua hingga tiga bulan. Kalau ikut cerita pengasuh, memang tersedak. Tapi doktor tak boleh sahkan selagi tiada bukti. Tersedak ni hanya anggapan kami. Tapi untuk jawapan sahih, kami masih tunggu ujian makmal,” ujar Hasikin.
Bagaimana pun, ibu cekal ini memilih untuk reda dengan segala takdir dan tidak menunding jari kepada pengasuhnya malah berterima kasih atas jasa baik yang banyak memudahkan urusan dia sekeluarga selama ini.
“Pengasuh saya memang cuba sama-sama untuk selamatkan arwah, dah hubungi ambulans dan buat CPR. Pengasuh ada dengan saya dan suami dari awal sampai akhir. Dia tak ada mengelak, semua bagi kerjasama. Saya dengan pengasuh OK, saya tak salahkan dia sebab perkara ini boleh jadi kat mana-mana.”
“Even bayi dalam jagaan mak ayah pun boleh berlaku kejadian sebegini. Kejadian bayi tersedak memang sentiasa berlaku. Saya terima ketentuan. Bila jadi benda macam ni, ia bagi pengajaran juga untuk saya dalami pelbagai ilmu berkaitan bayi.”
“Saya percaya, saya dan suami pun dah buat yang terbaik, sebab itu kami reda dengan kejadian ini. Rindu tetap ada, tapi kami terima apa yang berlaku. Bayi kami pun sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gelang Patah pada Sabtu,” ceritanya lagi.”
Dia juga bersyukur diberi peluang memandikan bayinya pada pagi kejadian yang mana tugas tersebut biasanya sering dilakukan oleh suaminya selama ini.
“Pada pagi hari kejadian, saya mandikan arwah sebelum dihantar ke rumah pengasuh. Selalunya suami yang mandikan, tapi hari tu saya offer nak mandikan.”
“Saya dukung dia mandi shower sama-sama, dia baik sangat. Lepas mandi, saya bagi suami untuk pakaikan bajunya. Suami pun ada tegur yang dia ‘sangat baik’, tak macam hari-hari sebelum tu. Sepanjang mengandung pun, memang tiada masalah. Semua urusan saya dipermudahkan,” ujarnya.
Perkongsian yang tular di laman Facebook:
The post “Batuk & Muntah Sebelum Tak Sedarkan Diri” Bayi Tunjuk Tingkah Laku ‘Sangat Baik’ Sebelum ‘Pergi’ Meninggalkan Mak Ayah Undang Sebak Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3o25BrC
via IFTTT
0 Response to "“Batuk & Muntah Sebelum Tak Sedarkan Diri” Bayi Tunjuk Tingkah Laku ‘Sangat Baik’ Sebelum ‘Pergi’ Meninggalkan Mak Ayah Undang Sebak Netizen"
Post a Comment