Kejadian ‘usik-mengusik’ oleh makhluk halus sering kita dengar daripada mulut masyarakat Melayu sendiri. Namun tidak terkecuali, kaum lain juga boleh diganggu oleh makhluk tersebut.
Siapa yang tahan kalau hampir setiap hari diganggu sehingga terdengar bunyi menangis, mengilai dan sebagainya. Kalau perkara tersebut jadi kepada kita pun pasti kita akan cuba ikhtiar mencari jalan penyelesaian.
Sama seperti sebuah keluarga India ini di mana mereka meminta jasa baik seorang pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Syafiq Al-Ghubara untuk memberi pendinding kepada rumah yang mereka diami.
Menurut pemilik rumah, rumah yang telah mereka diami selama 11 tahun itu sering diganggu seperti terdengar suara ketawa dari dalam almari, bunyi mengilai dan berlari.
Selain itu, keluarga tersebut turut mendakwa jenis makhluk yang sering menganggu mereka adalah toyol. Kejadian ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @mrcreepyposta.
TOYOL GANGGU KELUARGA INDIA PART 1
TOYOL GANGGU KELUARGA INDIA
PART 1Teringat kisah Malam Seram DJ KC Champion tentang seorang pemuda Cina yang menyewa sebuah rumah di JB, lengkap dengan almari built-in, yang sering terbuka sendiri setiap malam. Dia akhirnya memanggil seorang ustaz untuk membantunya. pic.twitter.com/prFYw7knRc
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) January 27, 2022
Tidak tahan diganggu makhluk tersebut, keluarga India tersebut mengambil keputusan untuk meminta pertolongan daripada Ustaz Syafiq Al-Ghubara. Difahamkan, sebelum ini mereka telah memanggil beberapa orang ustaz untuk memulihkan keadaan rumah tersebut.
Menerusi video yang dikongsi, pemilik rumah turut menunjukkan bilik anak perempuannya yang sering diganggu dengan bunyi yang pelik-pelik.
“Ohh! saya rasa kat bilik ni… Bilik ni agak kuat sikit rasa dia” kata Ustaz Syafiq Al-Ghubara selepas memeriksa beberapa buah bilik di rumah itu.
Selesai sahaja mengenal pasti masalah di rumah tersebut, Ustaz Syafiq segera meminta ahli keluarga tersebut untuk menyediakan segala bahan yang bertujuan untuk dijadikan sebagai pendinding rumah. Antara bahan yang digunakan adalah garam kasar, lada hitam dan daun bidara.
TOYOL GANGGU KELUARGA INDIA PART 2
TOYOL GANGGU KELUARGA INDIA
PART 2Menurut lelaki itu, selain terbuka sendiri setiap malam, dia juga terdengar suara ketawa dari dalam almari tersebut. Kurang pasti apa yang berlaku selepas rumahnya dijampi, kerana menurutnya, dia sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah. pic.twitter.com/QTbc0IxlZY
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) January 27, 2022
Garam kasar dan lada hitam digunakan untuk ditaburkan di seluruh penjuru rumah atas sebab keluarga tersebut dikhabarkan sering mendengar bunyi ketawa dari dalam almari.
Sebaik sahaja selesai menabur garam di penjuru rumah, tepi katil serta perabot, Ustaz Syafiq mula berbincang dengan semua ahli keluarga tersebut di ruang tamu untuk menerangkan cara-cara iktiar yang perlu dibuat seterusnya.
““Biarkan garam yang saya tabur tu selama tiga hari. Kalau kena kat katil ke atau tengah-tengah laluan, sapukan dia ke tepi-tepi dinding” pesan Ustaz Syafiq Al-Ghubara.
TOYOL GANGGU KELUARGA INDIA PART 3
TOYOL GANGGU KELUARGA INDIA
PART 3Toyol di alam nusantara:
Melayu – Toyol
Indonesia – Tuyul
Jawa – Thuyul
Sunda – Kecit
Khmer – Cohen kroh
Hokkien – Kwee kia
Thai – Kuman-thong
Filipina – Tiyanak pic.twitter.com/raNgfMTjnU— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) January 27, 2022
Pesannya, air yang telah dibaca dengan surah-surah Al-Quran perlu disembur keliling rumah untuk tujuh hari berturut-turut ketika senja lebih kurang sekitar 6:50 hingga 7:30 petang. Selain itu, mandian bancuhan daun bidara juga perlu dibuat.
The post Dengar Bunyi Ketawa Dalam Almari, Keluarga India Ini Minta Tolong Ustaz appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://bit.ly/3g5nLnZ
via IFTTT
0 Response to "Dengar Bunyi Ketawa Dalam Almari, Keluarga India Ini Minta Tolong Ustaz"
Post a Comment