Selalu Tonton Jejak Rasul, Pelajar India Syukur Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan hari ini menyaksikan pelbagai kisah suka dan duka melalui perkongsian di media sosial, tidak kira oleh para pelajar mahupun ahli keluarga mereka.

Bagi personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya pula, dia terharu dengan pencapaian seorang pelajar lelaki berbangsa India yang meraih gred 1A+ bagi subjek Tasawwur Islam dalam keputusan SPM 2020.

Selalu Tonton Jejak Rasul, Pelajar India Syukur Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam

Lebih membanggakan apabila pelajar tersebut, Sai Easwaran berkata dia sering menonton rancangan ilmiah seperti Jejak Rasul yang dihoskan Fedtri sendiri bagi menimba ilmu pengetahuan terutama mengenai Islam.

Dia tengok Jejak Rasul sambil buat nota

Menerusi laman Twitter, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu berkongsi paparan skrin ‘Direct Message’ (DM) daripada remaja berusia 18 tahun tersebut yang diterima di akaun Instagram.

Saya baru terima keputusan SPM. Syukur, saya dapat 9A dan A+ Tasawwur Islam. Rancangan yang dipaparkan TV3 telah membantu saya mempelajari lebih dalam tentang Islam,” tulis Sai.

Selain itu, pelajar berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghasilkan rancangan seperti itu termasuk Fedtri yang sering berkongsi pelbagai maklumat berkaitan Islam dan bahasa Melayu di media sosial.

Selalu Tonton Jejak Rasul, Pelajar India Syukur Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam

“Saya berhutang budi kepada semua, rancangan yang sangat bermaklumat dan para penyampai yang memiliki pengetahuan luas. Terima kasih kepada abang juga, semoga sentiasa dirahmati. Amin,” luahnya.

Malah, Fedtri mendedahkan pelajar itu juga sedang melaksanakan Puasa 6 yang dijadikan sebagai amalan walaupun tahu dirinya bukan beragama Islam.

“Walaupun saya tahu puasa saya tak sah..” – Sai

Sumber: Twitter fedtriyahya 

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:



from Online https://ift.tt/3xaw8oD
via IFTTT
loading...

0 Response to "Selalu Tonton Jejak Rasul, Pelajar India Syukur Dapat A+ Dalam Tasawwur Islam"

Post a Comment