[VIDEO] Rider FP Minta Tumpang Solat Dalam Rumah, Gadis Ini Luah Dah Jatuh Hati

Perkhidmatan penghantaran makanan semakin popular dan mendapat tempat di negara kita.

Penghantaran yang cepat antara faktor yang membolehkan perkhidmatan ini menjadi salah satu pilihan orang ramai.

Namun begitu, pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh penghantar makanan yang melakukan banyak penghantaran setiap hari.

Food rider terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan

Perkhidmatan yang cepat dan pantas menyebabkan mereka turut terdedah dengan pelbagai risiko keselamatan termasuk faktor cuaca.

Namun, ramai diantara mereka tekun dalam melunaskan tugas dan memberikan perkhimatan yang baik kepada para pelanggan.

Berbuka puasa dengan air sahaja demi memenuhi permintaan pelanggan

Oleh kerana kekangan masa, ada diantara mereka hanya berbuka puasa dengan air dan solat di tempat awam kerana kekangan kerja.

Begitu juga dengan satu kisah yang dikongsikan oleh gadis ini menerusi satu klip video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video berkenaan, gadis yang bernama Yaya ini telah berkongsi ceritanya apabila bertemu dengan seorang penghantar makanan yang cukup baik.

Food rider minta izin menumpang menunaikan solat

Sesudah selesai menghantar tempahan makanan wanita tersebut, pemuda itu kemudiannya meminta izin mahu menumpang menunaikan solat seketika.

Perkara tersebut turut menyentuh hati wanita itu yang menggambarkan akhlak yang dimiliki oleh lelaki berkenaan.

Wanita itu setia menunggu di luar 

Dalam video berkenaan memaparkan penghantar makanan tadi sedang menunaikan solat dan wanita tersebut menunggu di luar rumah.

Wanita tersebut berbuat demikian kerana mahu memberikan ruang kepada penghantar makanan tadi beribadat.

Akhlak yang ditunjukkan oleh penghantar makanan itu juga turut membuatkan gadis tersebut cari dan jatuh hati dengan lelaki tersebut.

Netizen puji sikap food rider itu

Pada masa yang sama, wanita ini turut memohon maaf terlebih dahulu sekiranya penghantar makanan itu telah berpunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji sikap penghantar makanan itu yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Hampir 1 juta tontonan setakat ini

Selain itu, mereka juga turut memuji wanita ini yang menjaga batas pergaulan lelaki yang bukan mahram apabila setia menanti di luar rumah demi memberi ruang kepada penghantar makanan itu.

@yayaw.18Maaf. Jika dia adalah partner awak 🥲♬ original sound – Takdirmudzra – Chill🤙🏻💩

Perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah berjaya meraih hampir 1 juta tontonan setakat ini.

 

The post [VIDEO] Rider FP Minta Tumpang Solat Dalam Rumah, Gadis Ini Luah Dah Jatuh Hati appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3bULSUC
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Rider FP Minta Tumpang Solat Dalam Rumah, Gadis Ini Luah Dah Jatuh Hati"

Post a Comment