Penularan pandemik di negara kita berada di tahap yang membimbangkan. Orang ramai disarankan untuk tidak keluar dari rumah jika tiada hal penting yang perlu diuruskan.
Sejak kes meningkat, orang ramai turut berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman di media sosial untuk memberikan kesedaran kepada orang lain.
Rakyat juga dilihat sering berkongsi informasi yang berguna di media sosial untuk memberikan lebih pengetahuan mengenai pandemik yang semakin membimbangkan di negara ini.
Rakaman sedih saat-saat terakhir pesakit
Pelbagai rakaman sedih saat-saat terakhir pesakit yang disahkan positif bertarung nyawa melawan pandemik ini.
Malah, rakaman suasana pengebumian jenazah pandemik juga turut dikongsikan bagi menyuntik kesedaran di kalangan orang ramai.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian rakaman video seorang pengguna di laman Facebook yang dikenali sebagai Aman Shah telah mencuri tumpuan ramai.
Sayu suara anak-anak beri semangat kepada ibu
Menerusi rakaman video berkenan, kedengaran suara menangis kesedihan melihat keadaan ibu mereka yang sedang sakit ketika itu.
Bukan itu sahaja, turut kedengaran suara sayu anak-anak yang terus memberikan semangat kepada si ibu agar terus kuat melawan dan sedarkan diri.
Mak buka mata mak, bangun mak mengucap mak
Turut sayu kedengan mereka turut berdoa semoga ibu mereka diampunkan oleh Allah.
“Mak buka mata mak, bangun mak, mengucap mak,” kata seorang wanita kepada ibunya yang dipercayai pesakit yang disahkan positif dan sedang dirawat di hospital.
Hanya raungan dan ratapan kesedihan lapan sekeluarga itu dapat didengari dalam panggilan video yang tular di media sosial itu.
Panggilan terakhir seorang ibu
Memetik laporan Harian Metro, video yang berdurasi satu minit 37 saat itu dikatakan membabitkan panggilan video antara seorang ibu yang sedang bertarung nyawa bersama anaknya.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Hospital Shah Alam dan wanita itu meninggal dunia tidak lama kemudian.
Ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah
Seorang lelaki dipercayai menantu kepada wanita itu berkongsi catatan di media sosial mengenai perkara itu.
“Hari ini 24 Mei pukul 4.45 pagi tadi, ibu mentua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah.”
“Meninggal dunia di Hospital Shah Alam. Arwah meninggal sebab positif. Tiga minggu dalam ICU (unit rawatan rapi) sebab sesak nafas perlukan bantuan oksigen.”
Jangkitan dari kawan pejabat kakak ipar
“So, (jadi) punca kene (dijangkiti) adalah kerana kakak ipar dapat melalui kawan ‘office’ dia.”
“Kakak ipar jumpa mak mentua saya cium tangan dan berborak (berbual) rapat-rapat. Bila kakak ipar pergi buat ‘swab test’ positif.”
Tiga minggu bertahan dan ibu mertua meninggal dunia
“Bawa mak mentua pergi ‘test’ terus positif. Boleh bertahan tiga minggu sahaja selepas itu meninggal dunia.”
“Jadi hati-hati kawan-kawan semua ya,” katanya di dalam tangkap layar yang dikongsikan di media sosial.”
Turut dikongsikan ialah penjelasan mengenai mengapa video itu dibuat, difahamkan untuk memberi ruang kepada ahli keluarga melihat pesakit.
Ahli keluarga tidak dibenarkan melawat pesakit
Tangkap layar itu menyatakan doktor akan membuat panggilan video kepada ahli keluarga apabila tahap oksigen pesakit terlalu rendah, berikutan mereka tidak dibenarkan melawat pesakit di hospital.
Di dalam video itu, anak dan menantu wanita itu menangis sambil memanggil ibu mereka sebelum panggilan video ditamatkan.
Kedengan suara wanita mengajar pesakit mengucap dua kalimah syahadah
Turut kedengaran, suara seorang wanita mengajar pesakit itu mengucap dua kalimah syahadah.
Salam takziah kepada keluarga pesakit, semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi ujian ini.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!
View this post on Instagram
The post [VIDEO] “Buka mata mak, bangun mak, mengucap mak,” 6 Anak Meraung Di Video Call Ibu di Wad ICU appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2RKHBvX
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Buka mata mak, bangun mak, mengucap mak,” 6 Anak Meraung Di Video Call Ibu di Wad ICU"
Post a Comment