Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal bulan ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, selain pasangan itu, tiga anaknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Arjunaidi berkata, Norman Hakim dan Abby Abadi serta pasangan masing-masing turut dikenakan kompaun.
Tedahulu, polis sudah selesai merakam keterangan 15 individu berhubung dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis tahnik anak penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata lima lagi individu tampil hari ini bagi membantu siasatan, menjadikan keseluruhan 15 individu sudah diambil keterangan setakat ini.
“Sehingga kini, 15 keterangan sudah direkodkan termasuk orang kenamaan (VVIP) dan penceramah yang dikenal pasti hadir ke majlis itu.
“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan sedang dikemas kini sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Mohamad Farouk memaklumkan pihaknya sudah merakam 10 keterangan termasuk pemilik rumah dan penganjur majlis tahnik itu yang diadakan di kediaman Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini, pada 26 April lalu.
Siasatan kes itu dimulakan sejak Isnin lalu selepas polis menerima satu laporan mendakwa majlis itu melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Beberapa gambar berkaitan majlis itu yang dimuat naik di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk komen negatif dakwaan berlaku aktiviti rentas negeri oleh tetamu yang hadir.
Ada netizen mempersoalkan kehadiran beberapa tetamu termasuk VVIP dan penceramah agama pada majlis itu yang dikatakan datang dari luar Lembah Klang.
Pada Isnin lalu, Siti Nurhaliza, 42, dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memohon maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat.
Bagaimanapun, Siti Nurhaliza menafikan dakwaan majlis itu melanggar SOP kerana atur cara dan bilangan tetamu diundang mematuhi SOP penganjuran majlis sosial PKPB.
Majlis itu juga, katanya, dibahagikan kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad dan dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid.
Selain itu, Siti Nurhaliza berkata, tiada aktiviti rentas negeri berlaku kerana individu itu setuju hadir berikutan berada di Kuala Lumpur atas urusan lain pada tarikh majlis itu diadakan.
The post Menteri Agama, Ustaz Don & Ustaz Azhar Idris Dikompaun RM2,000 appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3un5MOl
via IFTTT
0 Response to "Menteri Agama, Ustaz Don & Ustaz Azhar Idris Dikompaun RM2,000"
Post a Comment