Suami Pernah Lafaz Talakk Tapi Tak Buat Pengesahan, Rupanya 3 Tahun ‘Bersama’ Tanpa Ikatan Sah

Setiap pasangan mahukan rumah tangga yang bahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa, namun tidak semua bernasib baik dan perlu melalui pelbagai dugaan dalam rumahtangga.

Begitu juga dengan kisah seorang wanita yang dalam tidak sedar rupanya sudah jatuh talak.

Wanita ini menyangka dirinya masih lagi berstatus suami isteri

Seorang wanita menyangka bahawa dirinya masih lagi berstatus suami isteri namun sebenarnya lebih tiga tahun dia hidup bersama suaminya tanpa ada ikatan yang sah.

Menerusi posting yang telah dikongsikan oleh peguam Fahmi Ramli di laman Facebook, beliau bercerita lanjut mengenai kisah wanita ini.

Selama 5 tahun suaminya tidak beri nafkah yang betul

Kisah ini berkisarkan seorang wanita bekerjaya namun mempunyai masalah rumah tangga dengan suami.

Dikatakan sepanjang tempoh perkahwinan mereka selama lima tahun, suaminya tidak memberi nafkah dengan betul.

Kelengkapan anaknya disediakan oleh dirinya sendiri

Walaupun pasangan ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata namun segala kelengkapan anaknya disediakan oleh dirinya sendiri.

Bahkan, bukan dirinya sahaja terabai suaminya juga tidak bertanggungjawab mengenai kebajikan anaknya sendiri.

Suaminya curang dan badannya sudah terbiasa dipukuul

Apa yang lebih perit lagi apabila suaminya itu kantoi curang dengan orang lain tetapi dia tidak dapat bertindak apa-apa kerana tiada bukti mengenai perkara berkenaan.

Badannya sudah terbiasa dipukkul banyak kali namun dia masih enggan membuat laporan polis.

3 tahun lepas, mereka bergaduhh dan suaminya lafazkan ceraai banyak kali

Jika ditanyakan bab bergaduhh, boleh dikatakan setiap minggu pasangan tersebut bergaduhh kerana boleh dikatakan hampir setiap minggu pasti ada isu untuk dijadikan punca pergaduhhan.

Mengimbau kembali peristiwa tiga tahun lalu, wanita berkenaan pernah bergaduhh sehinggakan suaminya itu melafazkan perkataan cerrai banyak kali.

Tanpa sedar rupanya hidup dalam maksiat lebih 3 tahun

“Tak sedar, ingatkan masih lagi suami isteri, rupanya dah hidup dalam maksiat lebih 3 tahun.”

“Tadi saya terbaca satu soalan yang ditanya secara personal. Panjang kisahnya. Seorang isteri yang berkerjaya bagus tapi, ada masalah rumahtangga dengan suami.”

Perkahwinan itu lebih dari 5 tahun

“Perkahwinan tu dah lebih daripada 5 tahun. Mereka dikurniakan seorang anak dalam tempoh kahwin tersebut. Macam-macam cerita yang ditulis.”

“Suami tak bagi nafkah dengan betul. Anak pun dia yang beli segala keperluan. Dapat tahu pulak suami curang, tapi tak ada bukti.”

Gaduhh sampai suami banyak kali sebut cerrai

“Kena pukkul banyak kali tapi tak buat report polis. Gaduhh ni boleh kata setiap minggu. Mesti ada jer isu.”

“Tengok-tengok, dia cakap, dulu masa 3 tahun yang lalu, mereka pernah gaduhh. Sampai suami banyak kali sebut cerrai.”

Anak masih kecil, kesian tak ada ayah nanti

“Tapi, sebab tak mahu panjang cerita, adalah orang nasihatkan kata tak sah lafaz ceraii sebab suami tak ada niat.”

“Jadi, wanita ini tak pergi Mahkamah memandangkan anak masih kecil katanya. Kesian tak ada ayah nanti kononnya.”

Wanita ini ingin memohon fasakh

Walau bagaimanapun, selepas lima tahun, wanita tersebut ingin memohon fasakh. Menurut peguam Fahmi, dia telah memberitahu tidak boleh membuat tuntutan fasakh.

Ini kerana wanita terbabit mempunyai kes Pengesahan Lafaz Ceraai yang perlu disahkan di Mahkamah Syariah.

Tiada orang boleh sahkan lafaz melainkan Hakim Syarie sahaja

“Jadi, lepas 5 tahun ni, dia nak mohon fasakh. Saya cakap, puan tak boleh buat fasakh dulu puan, sebab puan ada kes Pengesahan Lafaz Cerrai yang perlu disahkan di Mahkamah Syariah.

“Siapalah yang bagi nasihat macam tu. Ishhh. Kesian buat naya kat orang. Tak ada orang boleh sahkan lafaz tu melainkan Hakim Syarie sahaja puan.”

Suami sebut ‘aku cerraikan hang’ kena buat pengesahan

“Kalau lafaz tu jelas, suami sebut “Aku ceraiikan hang” tak kira la apa jua keadaan masa tu, marah ke, tak sedar ke, mabuk ke, mesti dibuat pengesahan. Biar hakim yang tentukan.”

“Saya pernah ada satu kes, Mahkamah sabitkan lafaz ceraii yang dah berlaku lama. Lepas 2 tahun baru buat pengesahan. Pasangan ini ingat, ceraii yang disebut tak sah.”

Hakim putuskan lafaz ceraii tersebut sah

“Sekali bila Hakim putuskan kata lafaz ceraii tersebut sah, terkejut si isteri bila tahu.”

“2 tahun dia bergelumang dalam Maksiat bersama lelaki yang dia ingat masih lagi suami, rupanya sudah tidak ada ikatan yang sah.”

Wanita ini tidak sangka hal tersebut berlaku kepadanya

“Bila saya cerita hal ini kembali, Puan yang bertanya tersebut kata sangat terkejut.”

“Tak sangka hal itu berlaku kepadanya yang telah tidak buat pengesahan Lafaz Cerai selama lebih 3 tahun.”

Suami lafaz cerai di mana-mana wajib buat pengesahan

“Kesimpulan, ingat yer Puan-puan, kalau suami ada Lafaz Ceraii di rumah, bawah pokok, dalam kelambu, dalam henset, dalam Whatsapp, dalam DM Instagram dan macam-macam lagi selain daripada dihadapan Hakim Syarie, maka itu WAJIB dibuat pengesahan.”

“Kena buat Saman dan Penyata Tuntutan untuk failkan kes Pengesahan Lafaz Ceraii di Mahkamah Syariah.”

Kes ini bukan kes yang ringan

“Sekarang, di waktu PKP, antara kes yang dibenarkan untuk difailkan adalah Pengesahan Lafaz ceraii luar Mahkamah.”

“Nak menunjukkan, kes ini bukan kes yang ringan. Ini kes yang 100% melibatkan hubungan suami isteri dengan Allah swt.”

Salah seorang berdiam diri, dia akan terus tanggung dosa besar

“Kalau salah seorang berdiam diri tanpa buat pengesahan, sedangkan dia tahu perkara ini, maka dia akan terus menanggung dosa besar.”

“Nauzubillah. Semoga kita semua terlindung. Berterus-terang walaupun kebenaran itu pahit. ”

Semoga penjelasan yang diberikan ini difahami oleh pasangan yang berumah tangga. Moga kisah ini dijadikan pengajaran dan teladan kepada kita semua.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

The post Suami Pernah Lafaz Talakk Tapi Tak Buat Pengesahan, Rupanya 3 Tahun ‘Bersama’ Tanpa Ikatan Sah appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3vmDXqP
via IFTTT
loading...

0 Response to "Suami Pernah Lafaz Talakk Tapi Tak Buat Pengesahan, Rupanya 3 Tahun ‘Bersama’ Tanpa Ikatan Sah"

Post a Comment