Berat mata memandang, namun berat lagi bahu yang memikul. Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan ini apabila anak mereka disahkan meninggal dunia sekelip mata.
Menerusi laporan Harian Metro, bayi lelaki berusia 14 bulan yang mengalami pendarahan dan retak kepala.
Terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya
Bayi tersebut dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Paka, di sini, meninggal dunia malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu jam 10 malam.
Jelasnya lagi, mangsa yang sebelum itu tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ Kuala Terengganu kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Badan mangsa tiada sebarang kecederaan fizikal
“Pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal.”
“Namun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (Ct Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di belakang kepala.”
Mangsa terjatuh secara terlentang dari katil
“Hasil soal siasat, pengasuh wanita berusia 24 tahun memaklumkan mangsa terjatuh secara terlentang dari katil dengan kepalanya terhentak di lantai ketika bermain.
“Pada mulanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 tetapi kini kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.
Alami pendarahan dan retak kepala
“Kita akan menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya
Akhbar semalam melaporkan bayi lelaki berusia 14 bulan mengalami pendarahan dan retak kepala selepas dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya kelmarin.
Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasuh jam 10.15 pagi sebelum lelaki terbabit bergerak ke kedai makan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan anaknya mengalami masalah di rumah pengasuh sebelum dia bergegas ke rumah wanita terbabit.
Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebook Ehafizuddin Musa turut berkongsi berita mengenai bayi mereka di media sosial.
Ciuman terakhir abi dan ummi
“Ini lah ciuman abi Dan ummi yang terakhir untuk anak kesayangan abi KHALEEL ISLAM.”
“Assalamualaikum semua sahabatku yang mulia. Sudilah sedekahkan bacaan alfatihah untuk anak ku khaleel Islam bin mohamad Ehafizuddin yang sudah kembali ke rahmatullah.”
Adik panggillah abi dan ummi nanti di pintu syurga
“Sesungguhnya adik khaleel ini penghuni syurga, yang pasti akan berbakti kepada org tuanya kelak.”
“Adik panggillah abi Dan ummi nanti di pintu syurga. Abi Dan ummi akan tunggu panggilan adik.”
Kami pasti akan rindu gelagat adik
“Terima kasih Allah pinjam kan rezeki yang tidak ternilai ini Selama 1tahun 2bulan 29 Hari.”
“Abi Dan ummi serta kakak dhuha sangat gembira dengan kehadiran adik..kami pasti akan rindu semua gelagat adik.”
Rehatlah adik, kami redho dengan pemergian adik
“Besar Ujian ni dik tapi Abi Dan ummi redho pemergian adik dan yakin dengan qadar Dan qada’ Allah.”
“Rehatlah adik, buat sahabatku mohon doakan kami kuat menghadapi dugaan besar ini.”
Salam takziah kepada keluarga arwah adik Khaleel Islam, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi ujian ini.
The post Baru Beberapa Minit Hantar Kepada Pengasuh, Bayi Jatuh Katil Meninggal Dunia appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2SmECtE
via IFTTT
0 Response to "Baru Beberapa Minit Hantar Kepada Pengasuh, Bayi Jatuh Katil Meninggal Dunia"
Post a Comment