Satu klip video di laman Tiktok menjadi ternding apabila dikongsi seorang ibu muda dikenali sebagai Hanisa, yang sama sekali tidak menyangka akan dipertemukan jodoh ketika masih di bangku sekolah.
Kalau dah jodoh, memang tak ke manalah.
Menerusi beberapa video yang dikongsi, wanita ini tampil menceritakan kisah di sebalik perkahwinannya di usia muda.
Ibu muda ini, mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dia ketika itu berusia 15 tahun, dan merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Perlis.
Difahamkan, wanita ini mengambil keputusan untuk berhenti sekolah pada Jun 2018, ketika berusia 16 tahun kerana memberi fokus terhadap anak yang telah selamat dilahirkan pada Julai 2018.
Rentetan daripada itu, dia sama sekali tidak sempat untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.
Walau bagaimanapun, dia telah merancang semula untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini, sebagai calon persendirian.
Pada masa yang sama, dia turut menceritakan suaminya sebelum ini pernah menjemputnya di sekolah ketika sesi persekolah sudah tamat.
Perbezaan umur dia dan suaminya hanya empat tahun sahaja dan perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang cinta mereka.
Menyentuh bagaimana bibit-bibit cinta ini mula terjalin, wanita ini akui mengenali suaminya menerusi aplikasi WeChat yang pernah popular satu ketika dahulu.
“Saya jumpa laki saya dekat WeChat, dulu WeChat ada people nearby (untuk mencari orang terdekat mahupun jauh), kenal dekat situlah.
“Lepas tu, kawan kawanlah sampai rasa nak kahwin.”
@dhiaizzarahaishatibatiba rasa rindu waktu aku beranak, aku xpeduli langsung org cakap, yg penting aku nak anak aku sihatja dipangkuan aku ##rindu ##fypシ♬ original sound – ikidevidudukdepi – dv
Biarpun berkahwin pada usia muda, dia turut berdepan dengan stigma masyarakat yang mempersoalkan tindakannya.
Malah,tidak berakhir di situ, ada juga yang mendakwa dia merupakan seorang janda muda dan anak sulungnya merupakan adik kandung sendiri.
@dhiaizzarahaishatibatiba rasa rindu waktu aku beranak, aku xpeduli langsung org cakap, yg penting aku nak anak aku sihatja dipangkuan aku ##rindu ##fypシ♬ original sound – ikidevidudukdepi – dv
Bagaimanapun, dia sudah tidak kisah dan ‘kebal’ dengan dakwaan tersebut.
Dalam pada itu, wanita ini juga sempat berkongsi pengalamannya melahirkan anak di usia yang muda kepada warganet.
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang pelbagai.
The post “Kenal laki saya dekat Wechat,” Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3r6Wa9D
via IFTTT
0 Response to "“Kenal laki saya dekat Wechat,” Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby"
Post a Comment