Baru saja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9 tahun, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Wawa Zainal baru-baru ini menerima direct message ataupun DM daripada individu yang tidak dikenali.
Menerusi DM tersebut wanita itu mendakwa suaminya, Aeril Zafrel mengajap melakukan perbuatan yang tidak senonohh dengan wanita tersebut.
View this post on Instagram
Tidak semena-mena, tiada angin tiada ribut, wanita itu menghantar DM dengan penulisan yang seakan di google-translate, mendakwa Aeril menghantar mesej kepadanya mengajak melakukan ‘sesuatu’ di sebuah hotel di Melaka.
Bertindak untuk memaparkan kepada umum mengenai perkara tersebut, Wawa memuat naik screenshot DM itu di laman Instagram miliknya dengan kapsyen,
“Macam yall la.. serem betul ya zaman sekarang ni” tulis Wawa.
View this post on Instagram
Wawa dengan tenang dan tidak cepat melatah memuat naik perkara itu dan suaminya, Aeril juga dilihat selamba meninggalkan komen di hantaran yang di muat naik oleh Wawa itu:
Tinjauan di ruangan komen, ramai yang terkejut dan ketawa melihat cara penulisan wanita itu, malah pelbagai respon yang diberikan.
Terdahulu, Wawa mengakui pernah memendam perasaan selain terdetik rasa menyesal berkahwin dengan suaminya, Aeril Zafrel ketika popularitinya sedang memuncak.
Malah, lebih kusut lagi Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengakui turut berasa terbeban dengan permintaan Aeril agar dia memakai tudung sebelum keluar rumah.
Namun begitu, pelakon berusia 30 tahun itu meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan seorang suami yang penyabar sehingga berjaya membimbingnya ke arah yang lebih baik.
“Ketika itu saya tengah popular dan berada di puncak… apabila saya berkahwin dengan dia, rasa macam… eh menyesalnya aku kahwin dengan kau! Tak dapat semua yang aku nak, tak hidup mewah dan kahwin pun atas dasar cinta itu buta.
“Ingat lagi waktu saya free hair selepas berkahwin… dia kata saya tak boleh keluar rumah kalau tak pakai tudung. Permulaan itu memang susah tapi lama-lama saya reda sebab tutup aurat itu wajib.
“Kalau dia tak sabar… mungkin saya dengan dia dah tak ada. Tapi disebabkan kesabaran dia, saya rasa semakin hari semakin kagum dengan sikap dia yang berjaya pimpin saya.
“Ketika zaman bujang, saya selalu berdoa kepada Allah supaya dipertemukan dengan seseorang yang boleh pimpin saya ke syurga dan perbetulkan solat saya. Alhamdulillah… saya bertemu dengan dia,” kata Wawa.
Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap ini berkongsi perkara itu ketika sesi bual bicara dalam Instagram live (IG Live) bersama Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
Dalam pada itu, Wawa memberitahu sikap buruknya sebelum ini juga pernah membuatkan Aeril hilang sabar dan bertindak keluar daripada rumah untuk seketika.
Ujar Wawa situasi itu membuka matanya kerana menyedari dia tidak mampu meneruskan hidup tanpa Aeril lalu mengambil keputusan untuk berubah menjadi seorang isteri yang lebih baik.
“Perangai saya dahulu cakap main lepas dan tak fikir perasaan dia. Pernah satu hari, kami bergaduh dan saya cakap… aku tak nak dekat kau! Pada hari itu, dia terus kemas barang dan keluar rumah.”
Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddiin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya yang kini berusia setahun.
The post Wawa Zainal Dedah Wanita Dakwa Aeril Zafrel Ajak Buat Perkara Tidak Senonoh.. appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2ZRX2TE
via IFTTT
0 Response to "Wawa Zainal Dedah Wanita Dakwa Aeril Zafrel Ajak Buat Perkara Tidak Senonoh.."
Post a Comment