Personaliti media sosial yang dikenali dengan nama Ammar Azizzan tampil bersuara selepas tindakannya bersama rakan-rakan lain merentas negeri di pantai timur sudah mendapat perhatian pihak berkuasa.
Menurut Ammar, mereka sudah memberi keterangan dan kes itu masih dalam siasatan pihak polis.
“Korang merangkak la cari kita orang kat padang masyar nanti. Kes ni masih dalam siasatan polis.
“Kami semua dah bagi keterangan dekat pihak polis. Portal media pun tak payah nak pandai-pandai reka cerita.
“Tak payah nak buat palatau. Biar polis buat siasatan kalau betul kami salah. Kami semua akan minta maaf.
“Aku geram betul la. Kalau nak kecam kita orang takpa, kita orang boleh tahan. Jangan melibatkan isteri-isteri kita orang!
“Orang tu baru kahwin, korang dah buat perangai ayah pin!” tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan sedang mengesan beberapa individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Kota Bahru.
Pada minggu lalu, tindakan sekumpulan personaliti media sosial berkongsi foto dan video perjalanan merentas negeri mendapat kecaman hebat netizen di media sosial.
Polis Kelantan sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan semakan menerusi paparan di Instagram, terdapat beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh individu tersebut menunjukkan rakannya mengambil gambar bersama pasangan pengantin tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup separuh muka.
“Terdapat komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Keadaan itu sekali gus mempersoalkan mengenai pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial Instagram apabila beberapa orang ‘influencer’ memuat naik foto dan video perjalanan merentas negeri secara beramai-ramai dari ibu negarabke Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya dipercayai hujung minggu lalu.
Mereka turut berkongsi gambar majlis perkahwinan rakan dan bersantai-santai di tepi pantai.
Mengulas lanjut, menurut Shafien, polis juga telah menerima laporan berkaitan perkara itu petang semalam.
Katanya, polis sedang mengesan individu yang terlibat dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam kawasan tempatan jangkitan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.3) 2021.
The post “Merangkak la cari kitorang kat Padang Masyar nanti,” Influencer Rentas Negeri Bagi Keterangan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3snCoa4
via IFTTT
0 Response to "“Merangkak la cari kitorang kat Padang Masyar nanti,” Influencer Rentas Negeri Bagi Keterangan"
Post a Comment