[VIDEO] Gara-gara Sokong Vaksin, PU Rahmat Digelar Ustaz Dajal

Di pertengahan kemunculan wabak COVID-19, ada yang cuba mengetengahkan ini adalah agenda yahudi untuk mengawal pergerakan umat Islam seluruh dunia.

Lebih mengejutkan lagi apabila vaksin COVID-19 berjaya dihasilkan, timbul kefahaman kumpulan anti-vaksin yang mengatakan dalam vaksin terdapat mikrocip dari yahudi untuk masukkan ke dalam badan umat Islam.

Jadi, sudah menjadi tanggungjawab para ilmuan dan ahli perubatan menyebarkan penjelasan yang disertakan fakta bagi membuktikan apakah ura-ura ini benar.

Tanpa jemu, ramai para perubatan dan ahli ulama mula menjelaskan kepada orang ramai menerusi laman media sosial bahawa vaksin COVID-19 tidak ada kena-mengena dengan apa-apa agenda.

Namun, apa yang mengejutkan apabila salah seorang pendakwah selebriti, Rahmat Ikhsan digelar Ustaz Dajjal kerana pendiriannya menyokong suntikan vaksin.

Tidak cukup dengan itu, terdapat segelintir pengikutnya di media sosial mula menunjukkan protes dengan mengambil tindakan untuk tidak menjadi pengikutnya lagi di mana-mana platform.

Tapi tindakan warganet itu sedikit pun tidak mengugat pendiriannya untuk kekal menyebarkan perkara yang benar kerana menurutnya sejak usia 12 tahun lagi, dirinya diajar untuk berdakwah untuk Allah bukan kesukaan manusia.

Dalam masa yang sama, PU Rahmat turut membuat perkongsian tentang tujuh sebab mengapa vaksin bukan agenda Dajjal menerusi laman YouTube.

Jom kita dengarkan penerangan beliau.

The post [VIDEO] Gara-gara Sokong Vaksin, PU Rahmat Digelar Ustaz Dajal appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2P64sjT
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Gara-gara Sokong Vaksin, PU Rahmat Digelar Ustaz Dajal"

Post a Comment