Ayah Tersayang ‘Pergi’ Ketika Exam SPM, Pelajar Ini Tak Dapat Menahan Kesedihan

Bukan mudah menerima kehilangan insan tersayang dalam hidup terutama apabila pemergian mereka secara mengejut tanpa sebarang tanda.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah beratnya ujian yang diberikan apabila kita kehilangan insan tersayang.

Hanya kenangan dan memori yang tinggal untuk dikenang

Apa yang menyedihkan tiada lagi senyuman yang akan terukir buat kita yang masih meneruskan hidup di dunia ini.

Ketika itu segala kenangan dan memori lalu akan menjadi perkara terindah ketika susuk tubuh itu dirindui kelak.

Dugaan ketika sedang jalani peperiksaan SPM

Begitulah situasi yang sedang dihadapi oleh salah seorang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru saja kehilangan ayahnya.

Begitu berat ujian yang dihadapi oleh pelajar ini sewaktu dia menghadapi peperiksaan dan terima berita sedih itu.

Kehilangan ayah tersayang

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook INFO Bencana Pahang & Luar Pahang berita sedih itu telah tular dan mendapat simpati ramai.

Difahamkan, pelajar berkenaan dikenali sebagai Muhammad Haikal Iskandar itu merupakan salah seorang calon SPM telah diuji dengan pemergian ayah tersayang pada awal pagi tadi.

Berat dugaan anak ini

Berat dugaan anak ini apabila diuji dengan pemergian bapanya pada pagi ini dan pada masa yang sama harus menduduki peperiksaan SPM.

Salam takziah buat keluarga dan adik Muhammad Haikal Iskandar, semoga mereka diberikan kekuatan berdepan dengan dugaan ini.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin ya rabbal’alamin.

The post Ayah Tersayang ‘Pergi’ Ketika Exam SPM, Pelajar Ini Tak Dapat Menahan Kesedihan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3aQE1aC
via IFTTT
loading...

0 Response to "Ayah Tersayang ‘Pergi’ Ketika Exam SPM, Pelajar Ini Tak Dapat Menahan Kesedihan"

Post a Comment