“Nnti kena jilat api neraka boleh left ya,” Ditegur Ustazah Asma’ Harun, Admin Group Riak Apa Hari Ini Respon

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, pelbagai Facebook Group berasaskan ‘… apa hari ini’ semakin menjadi-jadi.

Terbaru, ada pula diwujudkan group ‘Riak Apa Hari Ini’ yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Semakan pada group tersebut mendapati, konten yang dikongsikan hanyalah sekadar hiburan semata-mata bagi menghilangkan stress seharian.

Namun, berlainan bagi Ustazah Asma’ Harun yang berpendapat bahawa, adalah group seumpama itu terus ditutup kerana ia boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya kepada netizen beragama Islam.

“Mohon admin group “Riyak Apa Hari Ni’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harga dengan caption riyak tapi kata gurau, share pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat.

“Jangan indahkan perkataan keji ‘riyak’ atas nama gurauan,” katanya.

Status Ustazah Asma’ Harun itu mendapat banyak reaksi netizen yang rata-rata menyokong tegurannya itu.

Walau bagaimanapun, pihak group berkenaan mengambil keputusan untuk terus mengekalkan nama itu dan meminta mana-mana individu yang tidak berkenan dengan ‘ketetapan’ mereka untuk meninggalkan group tersebut.

“Terima kasih pada yang update pasal ceramah, tarbiah dari ustazah. Selepas berbincang dengan creator, kami akan mengekalkan nama group.

“Cuma pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini, bolehlah left. Kami tak paksa ye. Sebab kalau lihat kat luar sana, banyak lagi group-group yang terlebih dari dahsyat.

“Contohnya group janda dan duda gersang. Haa, situ dengan posting dan aksi yang lagi dahsyat dipertontonkan tanpa ditapis oleh admin. Bagaimana tu?

“Jadi, sekali lagi kami ulang, pada yang tidak boleh nak duduk di dalam group ini nanti kena jilat api neraka boleh left ya,” kata wakil group berkenaan.

 

The post “Nnti kena jilat api neraka boleh left ya,” Ditegur Ustazah Asma’ Harun, Admin Group Riak Apa Hari Ini Respon appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3qPb4RN
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Nnti kena jilat api neraka boleh left ya,” Ditegur Ustazah Asma’ Harun, Admin Group Riak Apa Hari Ini Respon"

Post a Comment