Kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan. Soal jodoh dan pertemuan segalanya akan datang tepat pada masanya.
Kadang-kala kita tidak disangka jodoh yang terbaik datang kepada bukanlah seperti yang yang dijangka dan diimpikan.
Jodoh lebih muda dari usia
Namun begitu, siapa kita mahu menidakkan takdir yang tertulis walaupun jodoh yang datang lebih muda dari usia kita.
Walaupun ada segelintir masyarakat beranggapan calon suami yang lebih muda berisiko untuk tidak berfikiran matang namun begitu tidak semua golongan muda berfikiran demikian.
Perbezaan umur bukanlah halangan
Ada yang berkahwin di usia muda namun begitu komited dan bertanggungjawab terhadap keluarga yang dibina.
Aturan Allah itu sangat indah, walaupun berbeza umur namun mereka disatukan setelah diuji pelbagai rintangan demi mengenal hati budi masing-masing.
Bergaduh tanpa henti diawal perkenalan
Begitulah juga dengan kisah seorang wanita yang bernama Mawar Tajudin ini apabila berkongsi kisahnya di aplikasi TikTok bersama pengikutnya.
Menurut wanita ini, mereka kerap bergaduh tanpa henti di awal perkenalan dan tidak menyangka jodoh mereka kuat hingga ke jinjang pelamin.
Keluarga pihak lelaki terima dengan sepenuh hati
Meskipun berdepan banyak ujian sebelum disatukan dengan jejaka pilihan, wanita tersebut terharu dengan penerimaan keluarga pihak lelaki yang membuatkan dirinya terharu.
Walaupun bergelar ibu tunggal, keluarga pihak lelaki menerima dirinya dan anaknya dengan sepenuh hati.
Biarpun perbezaan umur yang jauh dan juga status wanita ini, perkara tersebut sama tidak menghalang mereka untuk bersama-sama menyulam cinta dan mendirikan rumah tangga.
Kelihatan muda dari usia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga je jannah.
Mereka turut kagum dengan penampilan wanita tersebut yang kelihatan lebih muda dari usianya dan pasangan ini dikatakan kelihatan seperti sebaya.
@mawar_tajudinBig why baru ##fyp ##fypシ ##nikah♬ Kasisku Sayang Teruslah Berjuang – NunuManiss
Rakaman video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu telah berjaya meraih hampir 250,000 tontonan setelah dimuat naik tidak sampai 24 jam.
The post [VIDEO] Ibu Tunggal Luah Rasa Syukur Berjodoh Lelaki Muda 9 Tahun appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3aL4c2i
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Ibu Tunggal Luah Rasa Syukur Berjodoh Lelaki Muda 9 Tahun"
Post a Comment