Sebelum ‘Pergi’ Menghadap Ilahi, Pemuda Sempat Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Setiap dari kita pasti mengimpikan pengakhiran hidup didunia dalam keadaan husnul khotimah.

Begitulah kisah pergakhiran seorang lelaki Allahyarham Muhammad Fadhli Bin Muhammad Idris yang menderita penyakit buah pinggang yang dicemburui oleh setiap dari kita.

Semoga roh anakanda kami bahagia di Raudhatul Sakinah

Menerusi perkongsian ibu Allahyarham di laman Facebook Nor Anisah, beliau menceritakan perjalanan terakhir anakanda tercinta sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Bismillahirrahmanirrahim Semoga roh anakanda kami bahagia di Raudhatul Sakinah bersama solihin dan syuhada yang bersemadi di sana”.

Terima kasih semua atas ucapan, doa dan sumbangan

“Sebelum memulakan luahan rasa hati yang masih sendu dan sayu ini, ingin saya menghulurkan rasa penghargaan kepada saudara mara jauh dan dekat, taulan, rakan, sahabat”.

“Malah wajah-wajah asing yang pertama kali bersua atas ucapan, kata-kata dan doa malah sumbangan yang melimpah sehingga sekarang ini kerana pemergian anakanda kami yang kami kasihi dunia akhirat”.

Anakanda kami menemui Ilahi pada 8 November 2020

“MUHAMMAD FADHLI BIN MUHAMMAD IDRIS yang menemui Ilahi pada hari Isnin 22 Rabiul Awal 1442 bersamaan hari Ahad 8 November 2020 setelah masuk waktu Maghrib jam 7.19 malam”.

“Ramai yang terkejut dengan pemergian tiba-tiba ini dan masing-masing ingin mengetahui cerita sebenar, apa dan bila berlaku dan pelbagai soalan yang membuat mereka semua terpinga-pinga”.

Tidak menyangka anakanda kami dipanggil dengan mudah dan cepat

“Bagi menghormati semua pertanyaan, di sini diceritakan satu persatu supaya jelas.

“Bukannya kami menyembunyikan apa-apa pun malah kami sendiri tidak menyangka anakanda kami dipanggil Allah swt dengan mudah dan cepat”.

Umur 10 tahun, kami hantar ke Mesir menghafaz Al-Quran

“Anak kami ini adalah yang kedua daripada enam beradik dilahirkan di Bentong, Pahang pada 30 Januari 1989 bersamaan hari Isnin 22 Jamadil Akhir 1409 Hijriah”.

“Sejak umurnya 10 tahun, dia dan adik beradiknya yang lain telah kami hantarkan ke Mesir untuk menghafaz al-Quran”.

Anak ini selesai hafazan 30 juzuk pada umur 12 tahun

“Dia telah tamat hafazan 30 juzuk nya pada tahun 2001 di Maahad Fouad Khamis Azhari, di Aysir min Ramadhan, Mesir”.

“Anak ini mempunyai kemampuan hafazan yang mengkagumkan malah guru tahfiznya pernah menceritakan yang dia pernah menghafaz 6 muka surat pada satu waktu tasmi’ dengan lancar dan Alhamdulillah dia telah selesai hafazan 30 juzuk pada umurnya 12 tahun”.

Dia menyambung persekolahan di Maahad Al-Ummah Chemor

“Seterusnya setelah tamat hafazan dan balik ke Malaysia, dia telah menyambung persekolahan menengah pula di Maahad Al-Ummah Chemor dan SMK Jelapang Jaya”.

“Kemudian pengajian tingginya dalam Diploma Syariah di Kolej Universiti Sultan Ahmad Shah, Kuantan serta peringkat ijazah di Universitas Islam Ar-Raniry Banda Aceh”.

Ketika di Aceh, dia jatuh sakit

“Ketika di Aceh, dia telah jatuh sakit dan dibawa balik ke Ipoh untuk pemeriksaan dan rawatan”.

“Hasil pemeriksaan di dapati beliau telah mengalami masalah sindrom nephrotic di mana buah pinggang menghadapi sedikit masalah”.

Kehidupannya berjalan seperti biasa dan penyakitnya datang semula

“Namun kehidupanya berjalan seperti biasa dan dia telah menyambung kursus ijazah dalam Diploma Lanjutan bidang Islamic Jurispudence di UIA”.

“Penyakitnya kambuh semula semasa dia sedang menghadapi peperiksaan akhir di UlA menyebabkan dia tertinggal dua kertas ujian”.

Ketika di USIM, kesihatannya tidak begitu stabil

“Seterusnya setelah diberi kata-kata motivasi, dia cuba menyambung semula pengajian di USIM”.

“Namun kesihatannya yang tidak begitu stabil menyebabkan dia tidak hadir ke peperiksaan semester 2 di USIM”.

Hujung September kesihatannya merosot 

“Sehingga waktu tersebut, dia masih stabil dan mampu menjalani kehidupan seperti sedia kala walaupun agak terbatas”.

“Namun menjelang hujung September, kesihatannya agak merosot kerana telah mula menjejaskan jantungnya dan rawatan terakhir nya ialah di IJN”.

Pulang dari IJN dan meneruskan rawatan di rumah

“Dia telah dibenarkan keluar dari IJN pada 28 Oktober yang lalu untuk meneruskan rawatan di rumah”.

“Keadaannya baik, stabil dan dapat berkomunikasi dengan baik dan berjalan dengan menggunakan sedikit sokongan”.

Kami sekeluarga diberi peluang bersamanya di saat akhir usianya

“Syukur kepada Allah swt kerana rupanya kami anak beranak diberi peluang bersama dengannya disaat akhir usianya walaupun kami tidak menyedari bahawa memang itulah saat-saat terakhir yang Allah berikan”.

“Kami masih optimis bahawa keadaan akan bertambah baik dan pelbagai usaha di jalankan bagi mencari jalan keluar kepada penyembuhannya”.

Dia sering menyatakan kekesalan kerana kurang membahagiakan ummi dan abah

“Dalam baki waktu yang ada, kami diberi peluang untuk saling bermuhasabah, saling bermaafan dan sebagai seorang ibu, ini masanya saya memberi kata semangat untuk menghadapi saat-saat akhir untuk bertemu Allah swt”.

“Dia sering menyatakan kekesalannya kerana kurang dapat membahagiakan ummi dan abah”.

Beberapa kali memohon maaf dan mencuim pipi ummi takut tak sempat lagi

“Beberapa kali dia memohon maaf dan mencium pipi ummi kerana takut tidak sempat lagi”.

“Bertubi-tubi dicium pipi ummi dan berasa sangat senang dan bahagia dapat bersama ummi, katanya”.

Penuh mengharap dapat bersama keluarga, isteri dan anak comelnya 

“Sebagai ibu, saya mengampuni segala dosanya dan redha terhadapnya. Saya mendoakan agar Allah swt merahmatinya dunia dan akhiratnya dan mengangkat penyakit yang sedang di hadapinya”.

“Kami menangis bersama-sama dan hati ini sangat belas melihat anak yang dilahirkan ini menderita tetapi penuh mengharap untuk sembuh supaya dapat bersama Ummi Abah dan isteri Nurnadeeya serta anak comelnya Elmawaddah yang hanya berusia 3 tahun”.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Fadhli Bin Muhammad Idris, semoga keluarga diberikan ketabahan dengan ujian ini.

The post Sebelum ‘Pergi’ Menghadap Ilahi, Pemuda Sempat Hafaz 30 Juzuk Al-Quran appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2UhYBav
via IFTTT
loading...

0 Response to "Sebelum ‘Pergi’ Menghadap Ilahi, Pemuda Sempat Hafaz 30 Juzuk Al-Quran"

Post a Comment