Meskipun sudah hampir ke penghujung ramadan, isu harga cekik darah di bazar masih terjadi. Malah semakin menjadi-jadi.
Dapat kita lihat di seluruh media sosial. Setiap minggu, ada sahaja rungutan yang dicurahkan oleh pembeli.
Baru-baru ini, tular satu luahan menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini oleh Azizul Naim Rubizyanaim Nurraysa apabila makanan yang dibeli tidak berbaloi dengan jumlah harga yang dikenakan.
Menurut lelaki itu, dia tidak berpuas hati kerana terpaksa membayar RM21 untuk tiga ekor ikan keli di sebuah gerai.
“Kali ni terkena dekat diri sendiri. Pergi bazar nampak satu gerai ni dah nak tutup tapi ada lauk sikit lagi tak habis.
“Jadi kita pun pergilah beli ikan keli tiga ekor nak bagi habis. Tiga ekor ikan keli harga RM21 atau RM22 macam tu kalau tak silap.
“Nasi putih harga lain. Kalau pergi mamak beli nasi tambah lauk ayam goreng berempah besar, sayur, kuah campur untuk dua bungkus baru RM18.50,” tulisnya.
Dia turut memuat naik foto ikan berkenaan sambil dua jarinya di atas sebagai perbandingan saiz.
Tambahnya lagi, harga melampau yang diletakkan oleh peniaga itu sendiri menyebabkan dia teragak-agak untuk menyokong perniagaan yang diusahakan oleh bangsa sendiri.
Bukan itu sahaja, lelaki ini juga membuat perbandingan antara harga ikan keli di kawasannya yang dikatakan jauh lebih murah berbanding harga di gerai tersebut.
“Betullah orang kata, bukan tak nak support bangsa sendiri berniaga, tapi harga kadang ada yang cekik darah!
“Sedangkan kawasan saya kawasan kampung ikan keli dekat sini sekilo baru RM7 ke RM7.50 kalau saiz macam dalam gambar sekilo dapat dalam enam ke tujuh ekor RM7.
“Sekali beli kat bazar RM21 tiga ekor ikan keli sahaja,” tulisnya lagi.
The post Lelaki Tak Puas Hati Peniaga Bazar Jual 3 Ekor Ikan Keli Goreng RM21 Padahal Besar Saiz Jari, Siap Bandingkan Makan di Mamak Lagi Murah appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/6utAFle
via IFTTT
0 Response to "Lelaki Tak Puas Hati Peniaga Bazar Jual 3 Ekor Ikan Keli Goreng RM21 Padahal Besar Saiz Jari, Siap Bandingkan Makan di Mamak Lagi Murah"
Post a Comment