Bermula 23 Mac lalu umat Islam sudah mula menunaikan ibadah puasa bagi tahun ini.
Kemeriahan bulan Ramadhan tahun ini begitu terasa apabila lebih banyak bazar dan aktiviti kemasyarakatan telah mula dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini.
Namun begitu, disebalik kemeriahan umat Islam pada Ramadhan kali ini masih ada segelintir individu melakukan perbuatan keji demi kepentingan diri sendiri.
Menerusi laman Twitter, satu video telah tular memaparkan perbuatan seorang lelaki yang mencurigakan ketika berada di perkarangan sebuah masjid.
Tukar kod QR tabung masjid kepada akaun sendiri
Video tersebut memperlihatkan gelagat seorang individu yang bertindak menukar kod QR tabung masjid dengan kod QR akaun sendiri.
Beliau didapati berlegar di kawasan masjid itu lalu menampal satu kertas kod QR pada tabung masjid yang telah disediakan.
Sudah 2 masjid menjadi sasaran
Namun, difahamkan kejadian ini berlaku di Indonesia dan didapati sudah dua masjid telah menjadi sasaran oleh suspek. Insiden ini telah dapat dikesan selepas salah satu masjid terbabit mempunyai CCTV lalu berjaya merakam perbuatan lelaki tersebut.
Susulan dari insiden itu, para pengguna Twitter meluahkan rasa marah terhadap tindakan keji itu memandangkan pasti sudah ramai orang mungkin telah menjadi mangsa suspek tersebut.
Bagaimanapun, tindakan licik pemuda ini dengan bertindak menukar kod QR ini juga dilihat sebagai suatu idea di luar kotak yang mana tidak pernah terfikir oleh kita.
Sebagai peringatan, anda perlu menyemak terlebih dahulu nama dan nombor akaun yang tertera apabila mahu bersedekah menerus kod QR tidak kiralah di masjid atau mana-mana lokasi di luar sana. Hal ini kerana ramai individu diluar sana yang mementingkan diri demi mencapai apa yang dihajati tanpa memikirkan orang lain.
Video yang tular di laman Twitter
Boleh tahan kreatif jugak ya pencuri sekarang. Dia tukar QR Code masjid dengan QR Code dia sendiri Orang nak derma kat masjid terus masuk akaun dia. Lain macam punya bijak pic.twitter.com/aYWy0N20LW
— Bukan Dr Rapidah (@IniAlalalannn) April 11, 2023
The post Ganti Kod QR Tabung Masjid Kepada QR Akaun Peribadi, Tindakan Pemuda Ini Undang Kemarahan Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/EVpnWwT
via IFTTT
0 Response to "Ganti Kod QR Tabung Masjid Kepada QR Akaun Peribadi, Tindakan Pemuda Ini Undang Kemarahan Netizen"
Post a Comment