Selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, seseorang individu pasti sedikit sebanyak akan berasa takut jika kejadian yang tak diingini berlaku lagi.
Malah yang lebih kasihan jika kemalangan berkenaan meragut sebahagian daripada nikmat hidup seseorang itu sehingga mengubah cara hidup.
Persis kisah seorang gadis berusia 25 tahun ini apabila terlibat dengan kemalangan motosikal pada 18 Ogos 2022 dan patah paha kanan, ditanam dengan besi.
Menurut pemilik nama Siti Nur Farahana Md. Jamil, dia bukan sahaja fobia tetapi tidak boleh menunggang motosikal.
“Saya kemalangan ketika baru balik kerja. Motor depan saya u-turn secara mengejut, saya terlanggar dan jatuh dari motor saya. Ketika orang nak angkat saya, masa tu baru sedar kaki kanan saya bengkok dan patah.
“Saya alami patah tebu pada paha kanan. Doktor kata memang tak akan keluarkan besi dalam kaki sebab ia dah ditanam dalam tulang sum-sum. Maksudnya saya memang akan ada besi dalam kaki seumur hidup.
“Sejujurnya memang rasa tak selesa. Dah tak boleh lasak macam dulu. Saya masih trauma untuk bawa motor. Sekarang saya pergi kerja dengan kereta. Tapi kalau saya tengok motor orang lain pun saya jadi takut, hati jadi sedih.
“Jadi, setiap kali nampak motor, saya sanggup bagi mereka jalan dulu. Baru-baru ini saya turut saksikan kemalangan motor, makin bertambah sedih dan takut dibuatnya,” kata Farah.
Farah yang baru bertunang tahun lalu, berkata kemalangan tersebut turut membuat dirinya tertanya-tanya sekiranya si pasangan dapat menerimanya seadanya.
Pun begitu, dia bersyukur tunangnya memberi sokongan penuh dan sentiasa menemaninya, malah mereka dijangka mendirikan rumah tangga selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Ketika sebulan di hospital, saya memang down. Memang menangis saja, sebab masa tu tak boleh terima lagi apa yang berlaku. Akhirnya, nak tak nak kena terima juga.
“Selagi boleh berjalan, walaupun senget atau tempang sikit, saya tetap bersyukur. Ada orang lain sampai putus kaki.
“Masa tu, saya sendiri turut tertanya-tanya. Boleh ke tunang terima keadaan saya. Saya kira diri saya tak sempurna selepas patah kaki. Namun, Alhamdulillah dia okay saja. Setiap minggu dia datang tengok saya.
“InsyaAllah, kami akan mendirikan rumah tangga bulan Mei nanti. Alhamdulillah, persiapan juga semua dah selesai, tinggal nak edar kad jemputan saja,” kata gadis yang menetap di Batu Pahat, Johor.
Video yang tular di laman TikTok
@farrahhjamil_ pengalaman walaupun pahit . kaki besi selamanyaaa #sadlife #moveon #moment #kemalangan ♬ Langit Yang Sama – dalia
@farrahhjamil_ in shaa Allah tahun ni rayaa samaaa husbennnnnn #countingday #roadtohalal #engaged ♬ suara asli – Sasrchaqi –
The post “Boleh ke tunang terima keadaan saya” Gadis Hampir Kahwin Patah Tebu, Rasa ‘Insecure’ Sebab Berkaki Besi Seumur Hidup appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/7h1t54c
via IFTTT
0 Response to "“Boleh ke tunang terima keadaan saya” Gadis Hampir Kahwin Patah Tebu, Rasa ‘Insecure’ Sebab Berkaki Besi Seumur Hidup"
Post a Comment