Lelaki Amerika Tular Pakai Kopiah Bersama Kain Pelikat Rupanya Dah 12 Tahun di Kelantan, Akui Suka Makan Budu

Perkahwinan campur pada zaman moden ini semakin diterima oleh kebanyak ibu bapa. Lagi-lagi mereka yang berhijrah ke negara orang.

Iospital phone repair gombak

Bak kata pepatah, kalau dah jodoh, memang tak kemana. Meskipun berlainan budaya dan bangsa.

Seperti lelaki Amerika Syarikat ini yang mengikat tali perkahwinan bersama wanita asal Kota Bharu, Kelantan.

Yusef Stuart, 38, dan isterinya Asmaa Hussin sudah berumah tangga selama hampir 12 tahun. Yusef atau nama asalnya Joshua James Stuart merantau ke Malaysia kerana mahu mengenali Islam dengan lebih dekat setelah bergelar mualaf.

“Di Amerika Syarikat, saya tidak ada keluarga dan kawan yang boleh mengajar saya tentang Islam. Jadi saya datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu di sebuah pondok (pusat pengajian Islam).

“Di sini mereka mengajar saya untuk bertutur dalam Bahasa Melayu, mengajar saya tentang Islam serta cara untuk membaca dan menulis jawi.

“Pondok itu banyak menempatkan mualaf seperti saya, mereka ini berasal daripada Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Kami bersama-sama belajar tentang perkara asas mengenai Islam,” katanya.

Bercerita mengenai bibit perkenalannya bersama isteri, Yusef berkata ia berlaku secara spontan ketika dia sedang mencari rumah sewa.

“Saya tidak hanya duduk setempat dan banyak bergerak juga. Saya ada pergi ke Melaka dan selepas itu ke Kelantan. Di Kelantan, saya mencari tempat tinggal untuk saya berteduh.

“Di situlah saya ditemukan dengan isteri saya, dia ada mengusahakan homestay, saya nampak dia punya inap desa melalui satu website. Isteri saya yang buat sendiri website tu, zaman tu tak ada platform sewa rumah lagi.

“Apabila saya sedang berurusan untuk rumah sewa tu, saya ditemukan dengan abah dia, kemudian saya dan isteri pun terus berkenalan. Tak lama selepas itu kami pun berkahwin, singkat saja proses kami membuka hati antara satu sama lain.

“Alhamdulillah saya diterima dengan baik oleh ahli keluarganya dan penduduk setempat, walaupun saya seorang mat salih tapi kehadiran saya dialu-alukan dan tidak dirasakan seperti orang asing,” kata Yusef.

Bercerita pula soal keluarga, Yusef mengatakan ibu bapanya masih ada bersamanya dan mempunyai seorang adik.

“Selama saya tinggal di Malaysia ini, sudah dua kali keluarga datang lawat saya, pertama kali tiga tahun lalu dan yang terbaharu tiga bulan lepas.

“Tidak dapat disangkal, rasa rindu kepada mereka mesti ada, tetapi syukur zaman kita sekarang ada teknologi video call. Saya boleh selalu keep in touch dengan mereka.

“Kalau nak mengharapkan kepada surat-menyurat je mesti memakan masa yang lama dan rindu saya pun tak akan terubat,” katanya.

Yusef dan isterinya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Daniel Orhan Stuart, 6, dan Hana Sophia Stuart, sembilan bulan.

“Nama anak lelaki saya itu merupakan nama dari Turkiye sebab saya dengan isteri pernah duduk di sana selama dua tahun sewaktu saya berkhidmat di sebuah universiti di sana.

“Profesion saya adalah sebagai seorang editor dan proofreader bahasa Inggeris. Itu dulu, kini saya bekerja secara freelance.

“Saya mempunyai website sendiri iaitu proofread.my. Itu isteri saya sendiri yang setup dan uruskan, saya cuma ambil client sahaja.

“Di samping itu, isteri saya ada berniaga kain pelikat. Saya support, saya sangat suka pakai kain pelikat sebab rasa sejuk dan berangin, sesuai dengan cuaca panas di Malaysia,” kata Yusef.

Menetap di negera berkenaan selama hampir lebih dari sedekad, Yusef berkata lidahnya sudah biasa dengan juadah Pantai Timur.

“Semua makanan saya dah boleh makan sekarang. Antara kesukaan saya adalah budu, kangkung, nasi goreng biasa dan yang paling best, tomyam ala Kelantan, parent saya pun suka apabila datang makan di sini.

“Tidak lupa juga nasi kerabu, sebab ibu mentua saya boleh masak nasi kerabu yang paling sedap di atas muka bumi ini. Ada juga ulam-ulaman sebab keluarga orang rumah saya suka bercucuk tanam.

“Paling menjadi kemestian untuk saya ialah keropok lekor, anak lelaki saya Daniel Orhan pun memang sangat meminati makanan ini.

“Kalau rindu makanan negara saya, itu tak jadi masalah sebab dekat Kelantan sudah ada banyak makanan Western,” kata Yusef.

Yusef juga kagum dengan sambutan meriah di sekitar Kelantan setibanya Ramadan dan Aidilfitri.

“Seluruh keluarga belah isteri saya akan pulang ke kampung halaman. Rumah kami akan jadi meriah dan kasih sayang antara ahli keluarga itu dapat dirasai.

“Ibu mentua dan adik-beradik isteri juga sangat cekap ‘bersilat’ di dapur memasak, ayam percik, ikan goreng dan nasi kerabu semua siap di pagi Syawal.

“Saya rasa diri saya adalah sebahagian dari keluarga besar ini, saya tidak disisihkan, felt like home,” kata Yusef.

Video yang tular di laman TikTok

@asmaahussin707 American lepas 12 tahun duk di Kota Bharu, Kelantan. Kain pelikat tu beli di @sribatik.com 😄 #kainpelikat #americaninmalaysia #pelikatgajahduduk #pelikatgajahdudukdewasa #pelikatmangga ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

The post Lelaki Amerika Tular Pakai Kopiah Bersama Kain Pelikat Rupanya Dah 12 Tahun di Kelantan, Akui Suka Makan Budu appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/B5snAdI
via IFTTT
loading...

0 Response to "Lelaki Amerika Tular Pakai Kopiah Bersama Kain Pelikat Rupanya Dah 12 Tahun di Kelantan, Akui Suka Makan Budu"

Post a Comment