Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Setiap ibu bapa pastinya mahu melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berjaya sehingga ke menara gading.
Sesusah mana pun ibu dan bapa mencari rezeki, pasti mereka akan berusaha melakukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak tanpa pernah merungut mahupun mengeluh.
Pastinya setiap ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak bukan sahaja dari segi akademik malah dari sudut sahsiah.
Begitu juga dengan pelakon Rita Rudaini yang berkongsi momen indah apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.
Rita turut meluahkan rasa bangga, Rita berkata, itu merupakan hadiah hari jadi paling berharga daripada anak untuk dirinya. Tahun lepas, Rayyan bagi hadiah masuk MRSM, hari ni dapat pointer tinggi pula.
Meskipun membesarkan anak seorang diri, Rita membuktikan anak-anaknya juga mampu berjaya. Rita turut menitipkan pesanan kepada anak supaya menghiraukan cemuhan dan kejian kerana Allah SWT sentiasa ada bersama mereka.
Hadiah rezeki anak-anak yang baik sudah memadai
“Peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untuk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN.”
Pada April tahun lalu, Rita Rudaini telah berkongsi momen sebak apabila pertama kali berpisah sementara dengan anaknya apabila diterima masuk ke sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.
Menerusi ruang komen, netizen turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu dan berharap dia terus cekal membesarkan anak-anaknya. Malah , ada juga yang berkongsi pengalaman menjadi ibu tunggal dan turut memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak.
Video yang tular di laman TikTok
@ritrud727Tahun lepas bday mommy,Ryan bg hadiah dpt tempatkan diri di MRSM..tahun ni Ryan bg hadiah lg dpt Anugerah Pengetua dgn pointer tinggi …syukur alhamdulillah…mommy x mintak lebih cuma mommy nak anak2 mommy bukti kan pd diri sendiri dan kpd org di luar sana yg kita mampu berjaya..peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada utk kita ..jadi terbaik utk diri sendiri bukan utk puas kan hati org lain…tkasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak2 yg baik utk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN
The post “Ini Hadiah Ryan Untuk Mommy” – Anak Rita Rudaini Raih Anugerah Pengetua, Pointer Tinggi Di MRSM appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/MgPcxbU
via IFTTT
0 Response to "“Ini Hadiah Ryan Untuk Mommy” – Anak Rita Rudaini Raih Anugerah Pengetua, Pointer Tinggi Di MRSM"
Post a Comment