“Tiada simpati” Budak Lelaki Sampai Terkangkang Tolong Angkat Barang, Pelanggan Hanya Lihat Sambil Cekak Pinggang Buat Ramai Berang!

Disaat budak-budak lain sibuk bermain bersama mereka, hadir ke sekolah untuk menimba ilmu yang cukup, meluangkan masa dengan ahli keluarga namun masih ada segelintir daripada mereka harus melupakan zaman ‘childhood’ demi berhempas pulas mencari punca pendapatan.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini situasi sayu seorang budak lelaki membawa muatan plastik besar berisi buah-buahan yang dibeli oleh seorang pelanggan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat kita lihat seorang budak lelaki sedang mengangkat barang yang agak berat sambil dilihat oleh pelanggan.

Namun apa yang membuatkan ramai kecewa adalah lelaki yang mempunyai badan yang agak sasa itu langsung tidak menawarkan pertolongan malah hanya berdiri sambil cekak pinggang melihat budak lelaki itu.

Dek kerana barang yang agak berat, muka budak lelaki itu berkerut malah sehingga terkangkang mengangkat barangan pelanggan itu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pasar Besar Kota Kinabalu Sabah.

“Bro, tak chill langsung la kau tengah cekak pinggang, kau biarkan je budak tuangkat barang-barang berat yang kau
shopping kat pasar, seorang.”

“Kau tengok macam tu je gaya kau eh,” kedengaran suara wanita itu yang lebih dikenali sebagai Min Yasmin.

Kesal dengan kejadian yang berlaku, wanita itu turut mendakwa pelanggan berkenaan tidak memberi tip kepada budak tersebut yang bersusah-payah
membantu mengangkat barangnya.

“Kasihan budak tu. Kau bagilah upah kat budak tu seringgit angkat berat, tapi kau buat bodoh je. Moga dimurahkan rezeki budak ni.” kata Yasmin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan apa yang berlaku kepada budak lelaki tersebut malah ramai yang mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

Antara komen warga maya:

“Acah bosss kau takkan kaya pun”

“Aku perempuan pun tak gamak suruh orang angkat barang aku..”

“Badan je sado tak boleh harap betol takde hati perut kesian adik tu..”

“Siap cekak pinggang lagi.. semakin hilang sikap perikemanusiaan”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

The post “Tiada simpati” Budak Lelaki Sampai Terkangkang Tolong Angkat Barang, Pelanggan Hanya Lihat Sambil Cekak Pinggang Buat Ramai Berang! appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/y7HvLqY
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Tiada simpati” Budak Lelaki Sampai Terkangkang Tolong Angkat Barang, Pelanggan Hanya Lihat Sambil Cekak Pinggang Buat Ramai Berang!"

Post a Comment