Tidak dinafikan, banyak cara yang digunakan bagi menyukat air dalam beras untuk menanak nasi. Jika mengikut cara orang dulu dulu, mereka hanya menggunakan ruas di jari sahaja malah kaedah ini kekal sehingga kini.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyukat dengan menggunakan cawan sahaja mengikut barapa pot beras yang diletakkan.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan lelaki ini mempunyai cara yang tersendiri untuk menanak nasi mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang tular, tiga sekawan ini menggunakan pembaris untuk menyukat beras bahkan sempat berkongsi kisah tersebut melalui bentuk dialog sebagai jalan cerita.
Aku: Kita masak rumah je la harini. Malas la nak keluar, aku masak tomyam.
Nik: Kawe goreng telur dadar.
Aku: Sarjan, demo masak nasi.
Beberapa ketika kemudian
Sarjan: COG (aku la tu COG), ajar masak nasi boleh?
Aku Meh sini nak ajar. Mula-mula sukat beras dengan pembaris. Pastu basuh beras kemudian sukat semula. 1 cm beras bersamaan 2cm air.
Sarjan: Berehhh
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur bahkan memberi dorongan untuk mereka terus belajar.
”gambar second tu kemain buat pemerhatian. Mesti beras beras tu rasa berdebbar diperhatikan begitu,”- Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga yang meninggal komen-komen lucu yang membuatkan kita geli hati membacanya.
Antara komen warga maya:
“Dik, dulu makcik sukat guna jari. Tapi bila dah jadi warga emas ni makcik kerling sahaja dan tau takat mana airnya. Lepastu jangan lupa selawat dan baca Ya Latif masa basuh beras tu,”
Comel betul gelagat diorang ni.. pakai pembarais pun pembaris laa.. asalkan boleh makan nasi.. jangan jadi bubur sudah hihihi
The post “Malas nak keluar, masak kat rumah jelah” Gelagat 3 Lelaki Sukat Beras Undang Tawa Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/YMn24mp
via IFTTT
0 Response to "“Malas nak keluar, masak kat rumah jelah” Gelagat 3 Lelaki Sukat Beras Undang Tawa Netizen"
Post a Comment