Membawa kad bank kemana-mana sahaja memang penting. Seperti yang kita tahu, kebanyakan kedai sudah menerima transaksi atas talian. Hanya perlu scan atau wave sahaja, dan anda ready to go.
Bukan sekadar ringan dan mudah dibawa, tambah-tambah lagi sekarang memang bahaya kalau nak bawa cash yang banyak di dalam dompet. Oleh itu, kad bank lah penyelesaian yang paling tepat.
Lebih kurang sama seperti kisah yang bakal dikongsikan ini di mana tular satu video di TikTok oleh @neferti_lika memaparkan kisah lucu yang menimpa salah seorang rakannya.
Menurut video yang dimuat naik, mereka berkunjung ke sebuah restoran dan ingin membuat pembayaran ke kaunter menggunakan kad bank. Namun, kad yang digunakan gagal dibaca dan sering ditolak.
Gadis yang juga rakan kepada pemilik video mula gelisah. Tak lama kemudian, baru dia perasan kad yang diberi rupanya bukanlah kepunyaan bank tetapi kad Petron yang digunakan di stesen minyak!
Malu dengan kesilapannya, dia pergi mendapatkan kad bank sambil ditertawakan oleh rakan-rakan yang lain di meja dan pekerja restoran tersebut.
Meneropong ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat reaksi gadis yang cuak dan malu akibat pembayaran atas talian yang dibuatnya asyik gagal.
Selain itu, ada juga netizen yang pernah menghadapi situasi yang sama dimana salah menggunakan kad di sesetengah tempat pembayaran.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“kesian org tu, seb baik pakai mask ”
“ prank kwn. konfiden kwn pi byr tk tgk kad kt tgn”
“halah3, kad petron..”
“kesiannn ”
“ok ini lawak ”
“Pekerja tu hbs napas dah nak ketawaaaa…. Dah pakai mask”
“ok lagi kad petron. aku tap pakai lesen ”
“saya dulu pernah tap kad matrik dkt lorong touch n go ”
Video yang tular di laman TikTok
@neferti_lika Pengajarannya, check dulu kad sebelum berlepas ke kaunter untuk bayar. #fyp #foryoupage #tiktok #scammed #foryoupage #memberkenascammed #malaysia #foodie #cyberjaya #fypシ ♬ Funny Song – Cavendish Music
The post Gadis Tahan Malu Dikenakan Oleh Member Sendiri, Kad Bank Asyik Kena ‘Tendang’ Bila Nak Bayar Rupa-rupanya Kad… appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/cPSdEKf
via IFTTT
0 Response to "Gadis Tahan Malu Dikenakan Oleh Member Sendiri, Kad Bank Asyik Kena ‘Tendang’ Bila Nak Bayar Rupa-rupanya Kad…"
Post a Comment