Personal shopper atau pembeli barang peribadi sudah menjadi satu pekerjaan buat orang kita terutamanya golongan muda. Disebabkan fizikal yang kuat, sangguplah mereka beratur panjang demi mendapatkan barang-barang ‘limited‘ untuk pelanggan mereka.
Bagaimanapun, sikap sesetengah personal shopper atau PS ini menimbulkan rasa kurang senang untuk segilintir pihak. Mana tidaknya, disebabkan mereka, orang lain tidak berkesempatan untuk membeli barang yang diinginkan.
Sebegitulah cerita pada kali ini apabila PS ‘kebas’ semuanya merchandise kafe kopi antarabangsa Starbucks sehingga licin yang dijual di gudang semalam.
Difahamkan, Starbucks Merchandise Warehouse Sale yang dibuka kepada semua semalam mendapat sambutan hangat sehingga diserbu seawal 9 pagi lagi.
Jualan gudang ini diadakan khas buat peminat setia Starbucks memandangkan ianya sesuatu yang selalu dinantikan-nantikan pada setiap tahun. Mereka boleh membeli produk Starbucks pada harga runtuh.
Pun begitu, ramai yang berkunjung ke situ semalam meluahkan rasa kecewa dan marah kepada PS yang ‘sapu licin’ aksesori Starbucks yang cantik-cantik terutamanya versi edisi khas.
Menerusi perkongsian video @littlewan_ di TikTok, dia sempat merakam beberapa orang PS sedang ‘khusyuk’ menyusun produk Starbucks yang telah dibeli ke dalam beg besar yang mereka bawa.
“Semua tumbler yang lawa-lawa dah kena kebas dengan PS. Tahu lah cari makan tapi tak beragak langsung,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tidak bersetuju adanya PS di jualan gudang sebegini. Mereka bukan sahaja membeli tak ingat dunia, malah mencuri peluang orang lain untuk membeli barang yang digemari.
Selain itu, mereka turut berpendapat supaya pihak jualan gudang Starbucks membuat limitasi untuk setiap individu membeli produk yang ada dan meminta orang ramai untuk boikot servis PS.
Untuk rekod, Starbucks Merchandise Warehouse Sale berlangsung sehingga 2 Oktober 2022 di Event Hall 2, Level 5 The Starling.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Can we at least call them out? Let’s not buy anything from them. Biar mereka rugi https://t.co/y9PmstJdAa
— /jɛn/ (@anzrnmzln) October 1, 2022
Ini bukan PS, ini reseller or scalper. PS only take orders and buy only orders from their customer, dia amik upah. Scalper and reseller yg suka beli berlambak lambak and then jual item with markup price. https://t.co/CIUjiIq4qt
— fendyzaidan (@fendyzaidan) September 30, 2022
Tipikal Malaysian Or Malay Double The Price #Taik https://t.co/Yl9rTg8L9e
— M.Ikram.Ee (@BrilliantEe) September 30, 2022
@StarbucksMY should have limited the tumblr per person sia wtf this is not the first time???? https://t.co/UycGugkbiz
— dan (@hyunxingnamja) September 30, 2022
Ciapan yang tular di laman Twitter
Update situasi di Starling Mall. Yang dah plan nak pergi Warehouse Sale Starbucks dekat sana, lupakan jelah.
Tumbler yang lawa-lawa semua PS dah kebas. Pukul 9AM beratur, pukul 1030AM banyak yang dah licin pic.twitter.com/BuUmk8rsx8
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) September 30, 2022
The post ‘Personal Shopper’ Rakus Borong Stok Merchandise Starbucks di Gudang, Peminat Starbucks Bengang Beratur Panjang Sejak 9 Pagi Tapi Semua Dah ‘Licin’ appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/D9SyNiq
via IFTTT
0 Response to "‘Personal Shopper’ Rakus Borong Stok Merchandise Starbucks di Gudang, Peminat Starbucks Bengang Beratur Panjang Sejak 9 Pagi Tapi Semua Dah ‘Licin’"
Post a Comment