Sering kali kita dengar di kalangan masyarakat apabila menggunakan kereta Vellfire, pasti individu tersebut dikatakan tergolong dalam golongan orang yang ‘have have’. Tapi jangan salah sangka, ada juga yang pakai kancil tapi kat rumah ada Lamborghini ya, cuma pakai kancil senang nak parking katanya! Hehehe
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa kereta Vellfire yang dipercayai sedang menunggu giliran mengambil anak di sekolah mencuri perhatian ramai.
Susulan perkara tersebut, seorang lelaki menyifatkan situasi tersebut seperti di Jepun dimana hanya ‘Tokey Mafia’ yang sering menggunakan kereta mewah itu.
Tanpa disangka, perkongsian seorang pengguna Twitter itu cetus perdebatan antara warga netizen yang menyifatkan individu itu tidak berpuas hati dengan senario yang dilihat.
Dalam masa yang sama, netizen yang tidak menafikan bahawa ramai yang menggunakan kereta mewah itu kerana ianya lebih selesa apatah lagi bila mempunyai keluarga besar atau anak yang ramai.
Ada netizen yang bersetuju dengan kenyataan lelaki tersebut kerana kereta mewah itu bersaiz besar dan akan memakan ruang serta menyebabkan kesesakkan lalu lintas apabila berlaku lambakan Vellfire di hadapan sekolah.
Tidak cukup dengan itu, ada juga yang merasakan siapa yang menggunakan kereta tersebut mempunyai ‘inferiority complex’ dan mempunyai perasaan ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain.
Video yang tular di laman Twitter:
Typical view kat depan sekolah dekat office aku. Segerombolan Vellfire Alphard hantor anak-anak pergi sekolah. Kat Jepun, tokey Mafia je hantor anak ke sekolah naik Vellfire ni. pic.twitter.com/EHyrZy91uI
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) May 21, 2022
Bukan itu sahaja, ada juga sebahagian netizen yang menyifatkan lelaki ini yang sebenarnya mempunyai masalah hati dan tidak boleh melihat orang lain senang ataupun hidup mewah.
Pun begitu, isu seperti ini sepatutnya tidak perlu ditularkan kerana rezeki masing-masing telah pun tertulis bahkan ianya juga merupakan tahap kemampuan masing-masing. Sepatutnya kita harus bangga dengan pencapaian dan kejayaan orang lain sehingga mampu memiliki kereta mewah tersebut.
Antara komen warga maya:
Ni parents² yg ada masalah “inferiority complex”. Memasing nak tunjuk yg dia “have-have”. Anak² turut sama tertekan sbb tgk kwn dia pakai iPhone/iPad latest model when they should be studying and enjoying their childhood w/o this illnesses! Shame
— tuiter (@tuiter40) May 21, 2022
Orang nak pakai kereta apa ke, nak beli barang apa ke, itu masing-masing punya hal.
Kalau ada yang pakai kereta di luar kemampuan, kemudian mengeluh depan mata, ha waktu tu barulah kita tegur.
Atau yang dah pakai kereta mahal sikit je, dah bangga diri, baru kita tegur. https://t.co/6jToKFUfMF
— Rahman #PesaraMahasiswa | G100 Master Dealer (@RahmanIsmail_) May 22, 2022
Anak dah besar nanti, geng ni juga sibuk mengharap biasiswa gomen nak fly obersea. Cycle pun berulang sampai beberapa generasi. Sebabnya mak pak komitmen dah tinggi.
— Izzat Ishak (@isaac_izzat) May 22, 2022
Tak kesah la pkai kereta apa pun.. as long klo benti kan anak dpn sekolah jgn la smpai berdouble2 line tu.. smpi ganggu lane org lain.. fhm kdg2 org anak ramai nak selesa pkai kereta besar2.. berniaga ke, for status purposes ke lantak p lah dah dia mampu apa salahnya.
— joooooodieee (@dddddwaa) May 22, 2022
Abg aku pun guna vellfire..tpi dia hntr anak dia naik swift je… tu pun duk cari lgi keta kecik.. kalau boleh viva je dia ckp…
— ♧ERUNA SHAH ALAM (@adamahraja) May 21, 2022
dia kaya so dia mampu la hantar anak dia pakai apa pun. kita yang lain pun patut berusaha la sediakan kenderaan yang selamat dan selesa hantar anak pergi sekolah.
— encia (@miqajelita) May 21, 2022
Ikutla nak anta pakai apa, lain org lain cara, biarlah masing2. Kita patut keje lebih keras lagi kot boleh anta anak naik lambo atau Bugati lepas ni. Amik yg positif dari situ. Kena keje lagi kuat!
— Encik BOSS (@myboss8055) May 21, 2022
Tak faham btul ak dgn komen2 dlm tweet no seolah2 mnyatakan dyorg pki vlfire hntr anak tu 1 ksalahn.Enth2 tu la 1 kete dye ad. N mjoriti yg komen ni plak yg pki kreta2 biasa. Tp ckp mcm pkai bmw n merc. Ak pn pkai saga j. Tp xdla nk prsoalkn org yg bwk vlfire. Bsuk btul hti
— Ahmad Saniy (@ahmad_saniy) May 22, 2022
The post Tak Puas Hati Orang Hantar Anak Sekolah Pakai Vellfire, Perkongsian Lelaki Ini Cetus Perdebatan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/rbFWvJm
via IFTTT
0 Response to "Tak Puas Hati Orang Hantar Anak Sekolah Pakai Vellfire, Perkongsian Lelaki Ini Cetus Perdebatan"
Post a Comment