Pada masa kini, ramai yang sedang mencari perkejaan setelah sekian lama kita berdepan dengan pandemik. Manakan tidak, ada yang hilang punca pendapatan, ada juga yang telah dibuang kerja oleh majikan.
Pun begitu tidak dinafikan pelbagai karenah dan ragam orang yang meminta kerja telahpun kita lihat apatah lagi di dalam media sosial. Ada yang tersalah hari interview, ada juga yang terlalu biadap sehingga majikan perlu berfikir panjang untuk mengambilnya kerja.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah perbualan di whatsapp tentang seorang individu yang sedang mencari perkerjaan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @anjgrillwesternn, pada awalnya ianya kelihatan lancar apabila individu tersebut ingin menghadiri sesi interview pada hari tersebut.
Bagaimana pun, tanpa di sangka-sangka individu tersebut dengan selamba meminta pengguna TikTok ini untuk membayarkan tambang grab yang berjumlah RM31.00 untuk datang ke tempat kerja.
“puan saya minta tolong boleh bayarkan grab saya tak?” sambil menunjukkan tangkap layar harga pengangkutan bernilai Rm31.00
Hal tersebut membuatkan lelaki ini ‘pening’ untuk melayan karenahnya sekaligus hairan bagaimanakah keadaannya nanti apabila diterima kerja kerana tiada kenderaan untuk ulang alik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan ragam masyarakat masa kini yang dikatakan tiada perasaan malu meminta untuk dibayarkan grab.
Adajuga yang mengatakan bahawa di kawasan tersebut terdapat pelbagai kemudahan seperti naik MRT ataupun bas percuma namun memilih untuk menaiki grab.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang tampil memberitahu ianya adalah satu cara scammer yang dilakukan pada masa kini dimana dimintakan bayar tambang Grab dan akan melencong ke tempat lain.
Antara komen warga maya:
“dia dekat Mid Valley, boleh je gi KL Sentral naik MRT gi Sg Buloh, naik bas free selangor ku”
“nanti dah dapat kerja kena sewa bas pekerj pulak kat dia”
“nanti sewa kan rumah untuk dia..”
“scam ni, dah banyak orang buat macam ni, sebab nak suruh bayarkan grab je pastu nanti dia blah tak datang kedai”
Video yang tular di laman TikTok:
@anjgrillwesternn aduh pening- pening #foodtiktok #westernfood #grabfood #anjgrillwestern #bismillahfyp #fyp ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT
The post “Macam ni pun ada” Nak Datang Interview Tapi Minta Dibayarkan Grab RM31.00, Ragam Individu Ini Buat Majikan ‘Pening’ appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/gm5P6Wa
via IFTTT
0 Response to "“Macam ni pun ada” Nak Datang Interview Tapi Minta Dibayarkan Grab RM31.00, Ragam Individu Ini Buat Majikan ‘Pening’"
Post a Comment