Masyarakat kita sudah terbiasa dengan mempunyai tanggapan negatif terhadap pesakit HIV.
Bagi mereka, pesakit yang menderita penyakit ini jijik dan kotor. Selain disisihkan masyarakat, orang ramai merasakan mereka tidak sesuai untuk bergaul dengan dunia luar.
Pesakit yang menghidap HIV/AIDS juga tidak diberikan peluang seperti orang ramai oleh kerana pandangan serong yang dimomok-momokkan sejak dulu lagi.
Baru-baru ini, seorang doktor wanita telah dikecam dan mengundang jijik ramai hanya kerana memegang pesakit HIV tanpa sarung tangan.
Doktor Shasa Aziz atau lebih mesra disapa Sha telah berkunjung ke Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) bersama pasukannya.
Kunjungannya itu adalah untuk melawat pesakit HIV dan anak-anak yang kurang bernasib baik di situ.
Sehubungan dengan itu, Sha telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dia berada di sisi katil dan bersentuhan dengan pesakit HIV bernama Siti.
View this post on Instagram
Tanpa dia sedari, tindakannya itu telah menimbulkan rasa kurang senang sebahagian pengguna laman Instagram.
Malah, sesetengah individu bertindak menghantar mesej peribadi kepadanya media sosial tersebut.
Sha sempat berkongsi screenshot perbualan berhubung persoalan beberapa netizen yang mempersoal tindakannya menyentuh pesakit tanpa memakai sarung tangan.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dibuat, Sha telah menjelaskan dia tidak kisah mahupun bimbang untuk menyentuh pesakit HIV.
Dia turut jelaskan penyakit itu tidak berjangkit hanya dengan sentuhan jika tiada luka terbuka.
Dia juga sudah membuat pemeriksaan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum melawat ke rumah kebajikan tersebut dan tahu dirinya dalam keadaan sihat.
The post Akibat Kurang Kesedaran, Netizen Geli Lihat Doktor Pegang Tangan Pesakit HIV Tanpa ‘Glove’ appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/k6I8JTo
via IFTTT
0 Response to "Akibat Kurang Kesedaran, Netizen Geli Lihat Doktor Pegang Tangan Pesakit HIV Tanpa ‘Glove’"
Post a Comment