“Loya tekak weii” Beli Sup Perut Harga RM20, Terkejut Dapat Sekali Dengan Najis Berumput

Kebersihan adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh peniaga apatah lagi bila melibatkan makanan agar pelanggan tidak keracunan. Bahkan akhir-akhir ini banyak isu dimana kedai makan dikatakan ‘pengotor’ seperti menemukan ulat dalam makanan dan banyak lagi.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila makanan yang dipesan penuh dengan najis mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @Malaysiaviral, difahamkan seorang individu telah membeli sup perut yang berharga RM20 untuk dimakan di rumah.

Apabila sampai di rumah, wanita ini terbau satu bau yang kurang menyenangkan ketika memanaskan sup tersebut.

Namun apa yang mengejutkan, dia menemukan 2 ketul bahagian perut dalam sup tersebut dipenuhi najis yang tidak dicuci.

Susulan perkara tersebut, wanita ini bertindak untuk menghubungi peniaga berkenaan untuk memberitahu tentang perkara tersebut.

Namun apa yang mengecewakan adalah, peniaga tersebut selamba mengatakan itu adalah lemak dan bukannya najis seperti yang dikatakan.

Perkongsian yang tular:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘kembang tekak’ melihat perut yang dipenuhi dengan najis itu.

Malah ada juga netizen yang meminta individu ini untuk membawa sup tersebut ke kedainya semula dan menunjukkan keadaan sebenar perut itu.

Antara komen warga maya:

The post “Loya tekak weii” Beli Sup Perut Harga RM20, Terkejut Dapat Sekali Dengan Najis Berumput appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/WjOlQIs
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Loya tekak weii” Beli Sup Perut Harga RM20, Terkejut Dapat Sekali Dengan Najis Berumput"

Post a Comment