Kemalangan itu sememangnya tidak dijangka, terkadang kawasan yang kita rasa selamat pun boleh berlaku kemalangan contohnya kereta yang merempuh gerai peniaga.
Bukan lah satu isu yang baharu namun kali ini lain daripada yang lain apabila gelagat dua orang pemuda yang masih ‘santai’ walaupun kereta dan bas merempuh sebuah kedai mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Sukan Star Tv di Facebook, kelihatan dua orang pemuda sedang makan di sebuah gerai makan di Gohtong Jaya, Genting Highland.
Namun apa yang mengejutkan adalah sebuah bas dan kereta dilihat tiba-tiba merempuh gerai tersebut dan menyebabkan meja dan kerusi terbalik.
Pun begitu, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah gelagat dua orang pemuda tersebut yang masih lagi tenang sehingga sempat menjamah makanan dan berkemas meja sebelum lari menyelamatkan diri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan bagaimana mereka berdua boleh begitu tenang sedangkan melihat bas dan kereta sudah melulu melanggar gerai tersebut.
Dalam masa yang sama, netizen juga menarik nafas lega apabila tiada sebarang kecederaan serius atau kemalangan jiwa yang berlaku gara-gara kejadian tersebut.
Antara komen warga maya:
“brader tu nayaa.. apa pon jadi, rokok jangan kasi lepas.. kang lepas kejadian confirm lesap tinggal lighter je..”
“Alhamdulillah sorang sempat kemas sorang sempat jamah”
“biru sempat jamah suapan terakhir masa lari..”
“steady brader tu, sempat lagi ambil apa yang patut”
Video yang tular di laman Facebook:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 70K tontonan, 102 komen dan 2.5K reaksi di applikasi Facebook.
The post “Naya Pak Karim..”Gelagat 2 Pemuda Yang Masih ‘Santai’ Sebelum Kedai Dirempuh Buat Ramai Terhibur appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/4sdKkpL
via IFTTT
0 Response to "“Naya Pak Karim..”Gelagat 2 Pemuda Yang Masih ‘Santai’ Sebelum Kedai Dirempuh Buat Ramai Terhibur"
Post a Comment