Lorong kecemasan di lebuh raya dibuat untuk kenderaan yang menghadapi sesuatu masalah seperti kerosakan.
Selain itu lorong kecemasan juga digunakan oleh ambulans, bomba dan penyelamat jika dalam situasi kecemasan.
Lorong ini juga memudahkan mereka keluar daripada aliran trafik dengan selamat dan tidak menyebabkan kawasan lebuh raya sesak sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
Kecoh di laman Twitter baru-baru di mana sebuah kereta jenama Mercedes menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri sendiri!
Kejadian tersebut dirakam oleh dashcam milik seorang pengguna lebuh raya yang sama ketika itu dan dimuat naik semula oleh @isusemasaviral.
Dari pandangan belakang dashcam, kereta mewah tersebut dari awal sudah duduk di lorong kecemasan namun dihalang oleh pemilik dashcam.
Selang beberapa minit kemudian, kereta tersebut berjaya memotong kereta yang menghalangnya daripada kekal di lorong kecemasan.
Namun, tindakannya selepas itu membuatkan netizen di Twitter naik darah. Sudahlah buat salah sebab sengaja ambil lorong kecemasan, dia turut memberhentikan kereta dan membaling sesuatu kepada pemilik dashcam ini!
Pemandu lelaki itu dipercayai membaling sampah kecil sebagai tanda marah dan protes kerana menghalang jalannya.
Tak lama kemudian dia memecut laju keretanya dan meninggalkan pemilik dashcam tanpa rasa serba salah.
Video yang tular di laman Twitter
Salah Guna Laluan Kecemasan, lagi nak tunjuk Gengster. Kereta Mahal tapi pemandu bodoh. No Plat PB98.@PDRMsia @JPJ_Malaysia pic.twitter.com/3v7ueJ0DH2
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) April 27, 2022
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata marah dengan tindakan pemandu Mercedes itu kerana dianggap sendiri buat salah sendiri marah.
Dalam pada masa yang sama ada juga yang berpendapat lorong kecemasan tidak patut dihalang kerana bakal menyesakkan lagi aliran lalu lintas.
Berikut antara komen-komen netizen di Twitter
PB98 tak senang duduk raya kali ni https://t.co/UkQ5MyOOwc
— OH! MEDIA (@ohtweet) April 30, 2022
Kenapa eh kalau pakai kereta mewah kena macam ni? Nak masuk lane baru bagi signal, keluar simpang suka hati, bagi signal kanan tiba-tiba masuk kiri, hon orang suka hati. Terpaling tak menyabar bila atas jalan. Time beli kereta trade in otak sekali ke apa? https://t.co/k2YdsZBFi5
— アイザー. (@whatsfunnymofos) April 30, 2022
Benci nya manusia cmni. Dia buat salah, dia juga yg marah https://t.co/Zmfh8RbQ65
— Rebekah Livan (@LivanRebekah) April 28, 2022
Yang tukang rakam ni, mesti dia rasa terpaling vigilante, sebab ada dashcam.
Padahal JPJ apa semua dah kabor, ada video pun dah cukup, kau hantar, diaorang buat laa apa patut.
Nak juga jadi vigilante pergi block jalan serupa beruk. https://t.co/9wTscNWm9s
— CZAR (@CzarHareii) April 28, 2022
I honestly think that this is not the correct way to solve the problem, pls never block people in emergency lane, you have their plat number as evidence of violation emergency lanes, just send the evidence to correct authorities, the more you block them, the more jam it will- https://t.co/Q4VxBzp25y
— Nacht (@rnmirzaa) April 28, 2022
Difahamkan pemilik kereta tersebut kini di bawah siasatan polis untuk diambil tindakan selanjutnya.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU PAHAT
Video Tular Melalui Media Sosial Memandu Secara Merbahaya.
Sumber: Polis Daerah Batu Pahat pic.twitter.com/NBgFNIiII7
— Polis Diraja M’sia (@PDRMsia) April 27, 2022
The post Sengaja Guna Lorong Kecemasan, Pemilik Kereta Mercedes Dikecam Ramai! appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/oDVztis
via IFTTT
0 Response to "Sengaja Guna Lorong Kecemasan, Pemilik Kereta Mercedes Dikecam Ramai!"
Post a Comment