Dalam kehidupan seharian, sudah pasti kita dikelilingi oleh manusia yang tidak beradab dan sangat mementingkan diri sendiri.
Perbuatan cop parkir menggunakan kon, pasu bunga dan sebagainya di tempat letak kereta awam memang salah satu jenis kesalahan yang sering kali dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana terdapat beberapa individu yang ‘selamba’ melakukan perkara tersebut tanpa rasa bersalah.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syaamil_, segelintir penduduk di kawasan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai di Pantai Dalam bertindak untuk cop parkir walaupun parkir di kawasan tersebut mengamalkan sistem terbuka atau bahasa mudahnya ‘siapa cepat dia dapat’.
Pemuda ini juga meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap dan mentaliti segelintir penduduk di kawasan rumah PPR tersebut kerana tempat letak kereta itu bukanlah dibayar individu yang cop parkir.
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Bila hang budget ppr tapi nafsu kondo end up jadi bodo pic.twitter.com/QIVwGGhxQM
— Tepung Pelita (@syaamil_) May 3, 2022
Belum tengok flat puchong permai lagi, parking belakang rumah terus pacak bumbung buat anjung ibarat rumah kampung, dahla ambik 2 lot parking, benda bukan 1 2 rumah tapi semua rumah tingkat bawah mesti tarik bumbung buat anjung
— itsmeazhar (@azharokey) May 4, 2022
Tengok la contoh, dulu arwah atuk aku buang kon then parking kat situ, esok pagi tengok kena calar pastu side mirror patah, siap tulis "jangan park sini" kat bonet depan pic.twitter.com/dUi9AIibJr
— itsmeazhar (@azharokey) May 4, 2022
Meninjau di reaksi warga netizen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang mementingkan diri sendiri malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama.
Menurut beberapa individu lain, mereka pernah berdepan isu yang sama serta bertindak mengalihkan kon cop parkir dan meletakkan kenderaan mereka tetapi kereta mereka menjadi mangsa ‘vandalisme’ seperti dicalarkan, diletakkan sampah dan sebagainya.
Antara reaksi warga maya:
Penduduk Flat Angkasa Pantai Dalam memang perangai mcm ni, nenek aku stay sini dulu dah meninggal tahun 2005.
Skrg dah 2022, penduduk still sama perangai tak berubah. Memang anak cucu semua gampang.
— ’ (@nabilfikran10) May 4, 2022
Jenis orang ceni, kalau kita alih kon dia. Habis di calarnya kereta kita. Nanti keluarlah ayat "aku dah duduk sini lebih 20 tahun dah" "aku orang lama sini" "keluar perut mak dah duduk sini dah"
— Atan. (@AqilAtlan_) May 4, 2022
Pernah kena mcm ni tp x letak kon.. masa tu parking kt rumah sewa adik.. tgok ad kosong so park jela.. esok nya makcik bawah tu ckp "dik jgn parking sini.. nt kereta kena calar".. lepastu adik bgtau dia pernah dpt surat tulisan merah "jangan parking di sini"
— Fara (@WhiteCallaLilly) May 4, 2022
The post “Ini bukan kondminium!” Segelintir Penduduk PPR ‘Selamba’ Cop Parkir, Mentaliti Pentingkan Diri Buat Netizen Berang appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/NUp265w
via IFTTT
0 Response to "“Ini bukan kondminium!” Segelintir Penduduk PPR ‘Selamba’ Cop Parkir, Mentaliti Pentingkan Diri Buat Netizen Berang"
Post a Comment