“Tertukar Mak” Anak Taknak Balik Dari Rumah Jiran, Reaksinya Buat Ramai Terhibur

Kebiasannya anak-anak yang kita hantar ke rumah pengasuh selalu nak cepat balik sebab nak berkepit dengan ibu bapa dan adik beradik mereka yang lain.

Ya lah, setelah hampir seharian meluangkan masa bersama pengasuh dan kawan-kawan yang lain je. Mesti anak-anak ini nak balik ke rumah mereka yang jauh lebih selesa dan aman.

Berbeza pula dengan anak wanita bernama Siti Nor Aida Mohd, 28 ini yang baru 5 tahun tidak mahu pulang ke rumah dari rumah jirannya, Hanan Md Yusoff, 29 selepas dijemputnya.

Video yang dimuat naik oleh Hanan menerusi akaun TikToknya memaparkan Nur Amanda Imani Hasinon atau Amanda menolak pelawaan ibunya untuk pulang ke rumah mereka.

Malah apa yang mencuitkan hati ramai apabila budak perempuan itu terus meluru duduk di atas kabinet televisyen walaupun ibunya sudah berdiri di depan pintu untuk menjemputnya pulang.

“Mai sini, dah kena halau tu cepat balik…” jerit Siti Nor Aida kepada Amanda.

Reaksi spontan yang diberi Amanda kepada ibunya sangat melucukan sehingga mereka tertawa melihat situasi tersebut.

“Perangai cute. Mak pun sporting, best berjiran jadi kawan,” komen seorang pengguna TikTok.

“Seronok nak berkawan tu,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Nor Aida atau lebih mesra disapa Raida berkata, anaknya agak pemalu tetapi sangat suka berkawan bila sudah bergaul dengan kanak-kanak lain.

“Dia tak nak balik sebab suka berkawan dengan anak-anak Hanan, lagi pula anak bongsu Hanan berusia setahun 10 bulan.

“Lama juga nak pujuk bawa balik, kadang-kadang hampir sejam proses memujuk tu. Dia akan cuba delay sebab tak puas main.

“Amanda suka berkawan dengan budak yang lebih muda daripadanya. Tapi kalau sebaya atau lebih umur, dia akan berebut mainan,” katanya sambil memuji anaknya seorang yang ceria.

Raida turut berkongsi tentang hasrat anaknya yang inginkan adik.

“Amanda anak tunggal saya. Sebelum ni, dia ada cakap ‘kakak nak baby tapi tak nak adik’. Mungkin sebab itu dia suka bermain dengan anak bongsu Hanan.

“Amanda juga pernah ajak saya ke rumah Hanan, mungkin sebab dia bosan bila asyik bermain sendirian di rumah walaupun ada ‘taman permainan’ sendiri.

“Kadang-kadang dia akan ajak ke rumah nenek dia kat Muazam Shah atau balik Sabah macam tempat tu dekat sangat. Kalau di rumah, selalunya bangun pagi tu dia akan tengok televisyen… petang dia akan main sendiri.

“Amanda bukan jenis kanak-kanak yang duduk diam, banyak je ‘kerja’ dia nak buat,” kata Raida yang berasal dari Pahang, berkelulusan Diploma Kejuruteraan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan.

Selain dikatakan seorang kanak-kanak yang ceria, Amanda juga suka buat perangai selamba apabila bertandang ke rumah Hanan.

“Dia jenis suka mengunyah. Apa saja yang dia nampak di rumah Hanan dia nak makan. Kadang-kadang dia akan minta air seolah-olah tak minum di rumah sendiri.

“Mungkin sebab dia dah terbiasa tengok saya hidang air kepada tetamu yang datang… jadi bila bertandang, dia tengok tak ada air minum, dia pun minta,” katanya yang suka berniaga.

Hanan turut akui sudah biasa dengan gelagat Amanda dan video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya hanyalah saja-saja kerana geram melihat mimik muka yang dibuat Amanda ketika dijemput pulang ibunya.

“Saya tak sangka video tu akan viral dan ditonton lebih 1.4 juta orang serta mendapat hampir 100,000 likes.

@hanansyam Budak Tertukar Mak😳#viral2021viralvideo🔥😘🔥 #CapCut #fyp #viral2021fyp @raidarmohd ♬ bunyi asal – HananSyam

Tambahnya, Raida adalah team business dan dia akan datang ke rumah untuk mengambil stok.

“Pada masa sama Amanda akan bermain dengan anak bongsu saya, Husna Illiyyin Che Husyam Aizuddin.

“Saya ada tiga anak. Amanda suka main dengan yang bongsu, kalau mereka dua bergabung, rumah saya akan bersepah. Dia start tak nak balik tu lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lepas,” katanya yang berasal dari Kelantan.

Kata graduan Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor ini lagi, dia dan Raida sudah hampir tiga tahun hidup berjiran.

“Saya dah tujuh tahun tinggal di Kuaters Penjara Pengkalan Chepa Kelantan ni, Raidar pula baru berpindah ke sini tiga tahun lepas sebab suami dia baru ditukarkan.

“Kami dua-dua minat berniaga dan Raidar adalah downline produk online saya. Dia datang rumah tak kira waktu, kadang-kadang pukul 3 pagi baru balik.

“Jadi Amanda sudah terbiasa dengan anak-anak saya dan dia pun dah tak malu bila datang rumah,” katanya yang kini menjual kek.

The post “Tertukar Mak” Anak Taknak Balik Dari Rumah Jiran, Reaksinya Buat Ramai Terhibur appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/EXq3jZz
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Tertukar Mak” Anak Taknak Balik Dari Rumah Jiran, Reaksinya Buat Ramai Terhibur"

Post a Comment