“Kalau tak cantik kena pandai, baru orang kenal” Video Luahan Gadis Ini Buat Ramai Wanita Boleh ‘Relate’

Setiap wanita mempunyai kelebihan masing-masing, ada yang bekerja selepas tamat persekolahan, ada yang tekad untuk sambung belajar dan ada juga untuk mendirikan rumah tangga.

Pun begitu, apa jua keputusan yang dilakukan, pasti ada kebaikkannya tersendiri. Namun pernahkah kita dengar tentang beauty privilege atau keistimewaan kecantikan?

Keistimewaan Kecantikan ini i di mana individu yang mempunyai rupa mempunyai kelebihan berbanding individu yang lain.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita ini berkongsikan satu video berkenaan beauty privilege yang dialaminya.

Menerusi video yang dimuat naik wanita ini dilaman TikToknya @meyonise._, kelihatan dia yang mesra disapa Mira berada di dalam perpustakaan dan sedang mengelap air matanya yang jatuh berjujuran.

Difahamkan, dia dikatakan mempunyai ramai kawan namun pun begitu dia mengakui itu adalah sebaliknya kerana ramai yang hanya mesej gadis ini untuk minta jawapan kepada tugasan kerja mereka sahaja dan bukanlah seperti apa yang orang ramai lihat.

“Bila anda tak cantik, anda kena belajar betul-betul, baru orang akan hargai kehadiran anda”, tulis Mira dalam video tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@meyonise._“kalau maira pandai mesti ramai orang cari maira” -mak

♬ original sound – Bakuhoee69

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 789.9K tontonan, 161.7K tanda suka, 6420 komen dan 3628 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sedih melihat keadaan wanita itu malah ramai wanita di luar sana yang turut pernah mengalami nasib sama.

” saya pernah berada di tempat awak, tapi sekarang sayamemelih untuk tidak kisah dengan apa yang orang lain fikir. Kalau diorang nak berkawan, datang, kalau taknak, bye.”

Bukan itu sahaja, mereka juga mengakui boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut malah di ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata semangat daripada para netizen.

Antara komen warga maya:

“kalau awak pandai, mesti orang tak buli awak”- mak

“kita ni takde apa dik, ilmu je buat kita jadi seseorang” -mak

The post “Kalau tak cantik kena pandai, baru orang kenal” Video Luahan Gadis Ini Buat Ramai Wanita Boleh ‘Relate’ appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/7iOw1oX
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Kalau tak cantik kena pandai, baru orang kenal” Video Luahan Gadis Ini Buat Ramai Wanita Boleh ‘Relate’"

Post a Comment