Sempat Bersembang Dengan Sosok Jelmaan Ibu, Wanita Ini Kongsi Situasi Seram Buat Netizen Meremang

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan namun terkadang dia hanya memberikan ‘hint’ untuk memberitahu bahawa mereka ada disekeliling kita.

Pun begitu, macm mana pula jika ‘dia’ menjelma dalam satu bentuk yang menyerupai ahli keluarga kita? sudah pasti ianya sangat menyeramkan bahkan membuatkan kita terpedaya dengan kewujudannya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengimbas semula pengalamannya yang berdepan dengan situasi seram mencuri perhatian ramai.

Menerusi sbeuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tiyakamal2, dia memaklumkan bahawa ketia itu ibunya yang pulang malam kerana bekerja memintanya untuk memasak nasi ekoran ibunya itu membeli lauk di luar untuk makan bersama anaknya di rumah.

Bagaimana pun, ketika dia sedang bermain telefon bimbit, satu perkara aneh berlaku dimana dia melihat ibunya berada di ruang tamu dengan memakai baju kelawar.

“saya rasa saya baru main phone dalam 5-10 minit macam tu, lepastu bila saya bangun, saya tengok mak saya ada kat ruang tamu duduk pakai baju kelawar.. saya ingat mak saya dah balik saya yang tak sedar.. terlena ke..”

“saya tanya mak saya bila sampai tapi mak saya tak jawab.. saya ingat dia marah sebab saya tak masak nasi. Saya pun kelam kabut lah basuh beras masak nasi semua lepastu mak saya datang berdiri sebelah saya macam ni (sambil menunjukkan reaksi bediri kaku sambil menjeling ke arahnya)”


Ibunya itu kemudian duduk di ruang tamu semula dan wanita ini pergi ke sofa untuk bersembang dengan ibunya itu.

“tadi mak beli lauk apa? nak panaskan ke?” tanya wanita ini.

Namun dia hanya senyum dan menjawab ‘takde apalah, tak apalah’. Tiba-tiba telefon bimbit wanita ini berbunyi dan ibunya memaklumkan dia akan pulang dalam masa 5 minit dan memintanya untuk turun ke bawah mengangkat barang

“saya tengok di bahagian ruang tamu tu, ‘benda’ itu berdiri dan tengok ke arah tingkap ruang tamu.. saya dah ketar dan masa saya nak keluar, dia tanya saya nak pergi mana tu dan saya menjawab nak pergi ke kedai.. dia hanya senyum dan saya duduk di luar rumah sampai ibu saya balik”

“saya mengendap di tingkap ruang tamu tengok dia tengah buat apa lepastu dia cuma berdiri straight sahaja. Lepas 5 min dia cakap, ‘dah tahu ke’?”

Lepas ibu wanita ini pulang, mereka bersama-sama masuk ke dalam rumah namun apa yang lebih mengejutkan adalah mereka terhidu satu bau yang lain macam seperti bau bunga yang tidak dapat diterangkan dalam video tersebut

Video yang tular di laman TikTok:

@tiyakamal2 Menyerupai is a big no for me #foryoupage #fyp #tiktok ♬ original sound – LuckyBoy

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 149.8K tanda suka, 6513 komen dan 5839 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui seram mendengar cerita wanita ini dan akui part paling seram adalah apabila hantu tersebut sudah tahu bahawa kita tahu dirinya adalah jelmaan.

Berikut merupakan komen warga maya:

The post Sempat Bersembang Dengan Sosok Jelmaan Ibu, Wanita Ini Kongsi Situasi Seram Buat Netizen Meremang appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/ifW451h
via IFTTT
loading...

0 Response to "Sempat Bersembang Dengan Sosok Jelmaan Ibu, Wanita Ini Kongsi Situasi Seram Buat Netizen Meremang"

Post a Comment