“Satu Dalam Seribu” Contoh Baik Yang Ditunjukkan Keluarga Ini Di Kedai Makan Raih Pujian Netizen

Jika pergi ke kedai makan, pernah tak kita lihat meja yang kotor dan tidak terurus, air yang tumpah, makanan yang berselerakkan dan ada juga yang sampai jatuh ke lantai? Itu belum termasuk pelanggan yang ada anak lagi, ada segelintir yang membiarkan sahaja anaknya membuat sepah sehingga makanan berselerakkan dan air manis tumpah.

Perkara itu sendiri dapat mencerminkan siapa diri kita sebenarnya bahkan ianya sangat menambah ‘kerja’ pekerja yang bekerja di restoren itu.

Pun begitu, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah keluarga yang datang ke kedai makan menunjukkan satu adab baik mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fruitkingofficial2, kelihatan satu keluarga besar datang ke sebuah restoren untuk menjamu selera.


Namun apa yang buatkan orang ramai kagum adalah, meja yang ditinggalkan oleh keluarga tersebut setelah selesai makan kelihatan sangat bersih dan teratur.

Dapat juga kita lihat seorang wanita mengutip sisa-sisa dan diletakkan ke dalam pinggan kotor yang telah pun siap disusun malah meja juga siap di lap dengan tisu dan kerusi disusun rapi.

“Customer 1 daripada 1001 family.. Dikedai pun bersih Agak2 dirumah diorang bersih tak?” ujarpengguna TikTok ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@fruitkingofficial2 Korang biasa tengok customer macam ni❤Dikedai pun bersih Agak2 dirumah diorang bersih TAK ❤❤ #westernparitbuntar #fyp #westernsedap #fruitking ♬ Sholawat – Azwar

Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersebut telah meraih 147.4K tontonan, 11.6K tand asuka, 895 komen dan 254 perkogsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat keluarga ini yang sangat pembersih dan memudahkan urusan pekerja di restoren tersebut.

” kalau macamtu mesti salah sorang ahli keluarganya kerja macam owner TikTok ni.. jd dia tahu betapa penatnya kerana saya juga kerja sebagai waiter dlu”- Netizen

Dalam masa yang sama, para netizen juga berharap agar adab dan contoh baik seperti ini dapat dikekalkan kerana setiap kali kita memudahkan urusan orang, urusan kita juga akan dipermudahkan kelak kerada hidup ini diibaratkan seperti roda.

Berikut merupakan komen warga maya:

The post “Satu Dalam Seribu” Contoh Baik Yang Ditunjukkan Keluarga Ini Di Kedai Makan Raih Pujian Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/sBuQnLC
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Satu Dalam Seribu” Contoh Baik Yang Ditunjukkan Keluarga Ini Di Kedai Makan Raih Pujian Netizen"

Post a Comment