Hidup berjiran membawa penuh kebaikan sekiranya saling menerapkan nilai-nilai murni yang baik antara satu sama lain.
Tidak kira kehidupan di bandar mahupun di kampung, pastinya akan ada permasalahan yang wujud ekoran sikap jiran yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang jiran selamba meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran yang lain tanpa meminta izin mencuri perhatian ramai.
Manakan tidak, kalau sekejap tak apa, tapi kalau lama tu yang jadi masalah kerana mengganggu bukan sahaja daripada segi pandangan malah jika ada emergency, sukar untuk kita keluarkan kereta kerana adanya kereta dia di hadapan rumah. Satu kerja pula nak kena memanggil ‘owner’ kereta untuk mengalihkan kenderaan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @queen_mekarsari88, memaparkan gelagat suaminya yang ‘hilang sabar’ dengan situasi tersebut.
Dapat kita lihat, suami kepada wanita ini meletakkan satu tong berwarna putih yang tertulis “Untuk dijual Rm 800.00, percuma pam racun” di atas bumbung kereta tersebut seperti yang sering dilakukan oleh penjual kereta jika hendak menjual kereta terpakai.
“POV: Bila laki hang buat gila.. geram dengan perangai jiran yang suka parking depan rumah orang suka hatu” katanya di ruangan kapsyen.
Menerusi satu lagi video lain, kelihatan kereta tersebut telah pun dialihkan seejurus tuan empunya kereta itu menyedari perkara tersebut dan tong putih itu hanya dicampakkan di tengah jalan sahaja.
Video yang tular di laman TikTok:
@queen_mekarsari88 bila mai pala gila @saudagar868 adoiii peningggggg #fyp #habuannnlaaaaa #peningggggg ♬ Pamela – Bots
@queen_mekarsari88 Balas kepada @zuera37 ♬ Funny Song – Cavendish Music
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 362.7K tontonan, 11.5K tanda suka, 555 komen, 426 perkongsian di applikasi TikTok.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan ‘idea’ suami kepada wanita ini yang ingin mengajar mereka yang selamba meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang lain.
Malah dalam masa yang sama para netizen juga akui puas melihat telatah owner kereta berkenaan yang akhirnya mengubah kenderaan kerana ‘takut’ keretanya dijual.
“Bagussss. puas hati.. dah tahu duduk rumah taman kereta ada 3,4 semua nak [arking depan rumah, sampai rumah jiran pun dia rembat” ujar seorang pengguna TikTok.
“duduk rumah kos rendah tapi sibuk nak pakai kereta 3-4 biji lepastu takde parking.. parking depan rumah orang” tulis warga maya
“Jiran saya pun selalu park betul2 depan pagar. Nak keluar masuk kereta susah sangat. Benda gini pun tak boleh fikir… nyusahkan orang” kata seorang warganet
The post Selamba Parking Depan Rumah, Idea Suami ‘Ajar’ Jiran Degil Buat Netizen Terhibur appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/TiGAof4
via IFTTT
0 Response to "Selamba Parking Depan Rumah, Idea Suami ‘Ajar’ Jiran Degil Buat Netizen Terhibur"
Post a Comment