“Kesiannya pengantin, tapi nampak diorang still enjoy,” Majlis Kahwin Dalam Banjir, Pasangan Pengantin Ini Jadi Perhatian

Sudah masuk hujung tahun maknanya makin banyak la undangan yang kita dapat untuk makan nasi minyak.

Namun sejak beberapa hari kebelakangan ini negara kita asyik dilanda hujan sehingga menyebabkan banjir! Apalah agaknya nasib mempelai yang ingin menyambut hari bahagia mereka.

Tular baru-baru ini dimana kenduri majlis perkahwinan sepasang mempelai telah ditenggelami air banjir! Bayangkanlah perasaan mempelai tersebut. Sudah cantik-cantik bersiap sekali banjir pada hari persandingan.

Momen tersebut telah dirakam dan dimuat naik di TikTok oleh seorang rakan mempelai perempuan iaitu Syikin Asri sehingga jumlah tontonannya mencecah sebanyak 5.8 juta kali!

Di dalam video tersebut ada memaparkan sepasang mempelai tersebut berdiri sebelah-sebelah ingin mengambil gambar sebagai kenang-kenangan namun pakaian serba putih yang dikenakan oleh mereka menjadi agak comot oleh kerana air banjir yang mencecah hampir paras lutut.

Walaupun banjir, pasangan mempelai tadi masih terlihat manis berjalan sambil berpimpin tangan meredah hujan sambil tersenyum dan ketawa.

Pun begitu, pasangan mempelai menanggap perkara tersebut adalah sesuatu yang ‘rare’ dan tak semua orang mengalami pengalaman yang sama seperti mereka.

Syikin yang dijemput ke majlis kenduri perkahwinan rakannya Sofiyah Nabilah itu sempat merakam pelamin mereka yang serba serbi cantik dan sempurna. Namun sayang, juga hampir ditenggelami air akibat banjir. Banjir yang tak dapat dielakkan juga menyebabkan ramai orang tidak dapat mengahadiri majlis tersebut.

Menerusi video yang dikongsi juga, mempelai lelaki sempat menunjukkan air banjir yang sudah menenggelamkan kerusi serta meja makan para tetamu. Alas kain yang serba serbi putih juga menjadi comot dek kerana air keruh banjir.

Walaupun sepanjang dalam video tersebut mempelai kelihatan tersenyum gembira, namun dalam hati mereka siapa yang tahu?

Setakat artikel ini ditulis, video yang menarik perhatian ramai itu telah mendapat 528.2 ribu tanda suka, 8556 komen, dan 21.6 ribu perkongsian!

Video yang tular di laman TikTok

@asyikonnnnnnnnnnWedding of the year 💞💞♬ suara asli – Zerz`SoftBoy🤺 – ZERZ SOFTBOY🤺

Meninjau ke ruangan komen pula, di sebalik perasaan simpati sesetengah netizen, ramai yang berseloroh mengatakan perkahwinan mereka tersebut 2 in 1 kerana berkahwin sambil bercuti di taman tema air.

Ada juga yang memberi kata-kata positif kepada pengantin seperti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya serta mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru sahaja bergelar suami isteri.

Antara komen-komen menarik di TikTok:

“Rezeki besar nak datang tu insyaallah allah akan mudahkan semuanya ORG KATA SELEPAS HUJAN ADA PELANGI syg”

“uyyoo kawen dkt sunway lagoon”

“susah nk jumpa majlis 2 dlm 1 ni HAHAHHAHA majlis kahwin + Waterpark”

The post “Kesiannya pengantin, tapi nampak diorang still enjoy,” Majlis Kahwin Dalam Banjir, Pasangan Pengantin Ini Jadi Perhatian appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3e9E1TR
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Kesiannya pengantin, tapi nampak diorang still enjoy,” Majlis Kahwin Dalam Banjir, Pasangan Pengantin Ini Jadi Perhatian"

Post a Comment